life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, November 01, 2016

Penangan Warda Ejaz

Terjebak dengan drama suri hati mr.pilot ni weyy... nasib baik la minggu ni last... aah pastu turn aku syift petang. Kahkahkah tak kelakor weyyy. Tu takpa. Sebab nanti aku bukak je online kat google. Tapi tulah, lawa nau nau si naelofar yek. Ko pakai apa pon lawaaaa memanjang. Blouse, dress jurai2 pon tetap lawa. Tudung pon elok terletak. Sejuk mata memandang. Jeles iols. Dan dan tadi nampak palazo jurai2 rasa nak beli. Eh tak beli lagi sebab bajet beli kain baju dah cukup kuota. Kahhhh. Kemudian dari aku beli ready made yg tak berapa nak ngam dengan ketinggian, baik aku beli kain then tempah. Mahal sikit takpa janji puas hati.... sedap pakai. Maklomlah orang cerewet memang begitu. Hihihi.

Kemudian, kan dah ada mesin jahit... dah tu ngape nak hantar tailor lagi??? Kahkahkahkah tu pon satu hal gak. Aku tengok tutorial jahit palazo kat utube macam senang je. Macam senang jeee hahahaha. Bila nak buat kau menggelabah. Adoiii rasa nak tikam diri sendiri. Kang ada yang buat tukun mesin jahit tu nanti. Tak nak laaaa kan. Ai sayang ye mesin jahit tu... walaupon jasa dia belum banyak lagi tapi tetap kesayangan.... antara barang dalam wishlist kot. Almost setahun jugak ah aku tak attend kelas menjahit. Last year gigih ngko belajar buat baju kurung... nak ambik feel sebelum membeli mesih jahit sebenornya. Ada jugak intai2 kelas hujung minggu... tapi tulah, takut dah set date, daddy pulak ada job last minute. Kang anak2 terabai... then mula lah nak bergaduh. Hahahaha. Ai is cannot lah. So buat masa ni aku tengok je tutorial kat utube and blog walking.

Eh jap jap. Aku kan nak cerita pasal attire warda tu ni dah melalut ke mesin jahit ni pasaipa. Nampak sangat suka sembang.

Now tengah trending baju loose, blouse kimono, seluar palazo, color pon down to earth... nude gitchew. Si pemakai pon akan nampak ayu2. Agak2 muka garang nak mamp wajib ah pakai color pastel... lipstick pon kalau boleh color2 macamtu gak. So scweet you know. Aku kalau nak baju jurai2 ni tengok situasi ah. Kalau kau hang out dengan anak2 memang tak ah kan. Tak pasal aku sendiri yang emosi terganggu. Rimasss. Hahahaha. Mana nak kejor anak dengan baju seluar gerbang2 ni weyyyy. Menghalang kelajuan aku nak berlari jorr. Lainla kalau pi dating dengan suami ke kannn. Kahkahkah. Matiks lah perangai macam kau tu follower fashion masa kini. Puihh. Kita kalau boleh nak pakai seringkas dan seselesa yang boleh. Dan yang paling penting tak panas. Aku ni kan ke puteri lilin weyyyy lupa lettew.
suwit suwit gitchew

Dia ni memang lawa la wey. Tak jemu mata memandang. 
Aku yang perempuan ni pon suka, apatah lagi lelaki khennn.

Haaa cakap pasal color pastel ni kan daddy boleh cakap dia tak berkenan dengan lips matte merah menyala ini. Adoiiii nak sedih ke nak marah pon tak tau laaaa. Dia ni memang tak boleh tengok aku pakai pelik2 sikit yeh. -_________- siap bagitau lips matte ni dah boleh jual kat orang. Eh eh sabau jelah. Kang tak ikut nanti aku jadi durhaka ke cemana ni? Tapi sayang okk baru beli. Ni sebab tak pernah beli color terang sebegini... saja lah nak try... sekali kena sound daaa. Erm.

 Tak zabar nak menanti last episode warda dengan ejaz. Sorry, aku tak baca buku2 novel masa kini so memang tak tahu la apa kesudahannya. Aku baru layan minggu lepas... sebab before ni tengok patahnya sebelah sayap. Bukan senang aku nak layan drama melayu. Dah diaorang sibuk kata warda punya attire lawa lah apa lah itu lah inilah so terjebak gak. Hihihi. 

Seriously korang dalam alam rumahtangga jangan le jadikan drama2 ni sebagai role model. Ko kalau tak suka ko cakap la tak suka... kalau marah cakap je marah. Toksah la pendam2 lepastu makan hati. Jap. Dulu aku baru2 nikah ada la sikit perangai cenggitu dengan harapan agar suami pujuk, layan kita. Hek elehhhhh dia tu tau pon tidak aku merajuk. Siap layan macam biasa jorrr. End up aku kata aku merajuk, daddy boleh jawab, ''Lahhhh merajuk keeee..." Adoiiiii rasa nak hempuk pakai bantal.

So now aku kalau tak suka, aku cakap je tak suka. Marah ke, merajuk ke, aku cakap je. So do daddy. Dia pon sama. Siap aku sentapz doplohpat harkat. Tapi kadang2 yelah, perempuannnnn. Nak gak rasa kena pujuk sesekali. Kahkahkah. 


Gitchewwww.
B, nak hadiah henbeg gak tahun depan punya birthday.
Lariksssss.








No comments: