life is beautiful

life is beautiful

Friday, November 18, 2016

Sarapan yang sihat adalah oat. Gituu.

Its been almost 2 weeks aku bersarapan dengan oat. Kahkahkah tolonglah percaya. Takdelah ngeri sangat rasa oat itu ye. Boleh je makan. Tambah jelah apa2 yang patut. Paling senang aku tabur kismis. Paling sedap aku makan bersama fresh milk. Tapi tak selalu.

Dah turun belum berat badan engko?

Kahkahkah. Soalannnn.

Alaaa. Nak kempis kan perut je uolls. Sakit hati tengok belly bergoncang goncang 😆😆😆😆 kalau boleh hiris, lama dah aku hiris. Masalahnya work out pon tak istiqomah cane. Dah beberapa bulan tak join zumba. Masing2 bz... kalau turun pon ada la dua tiga kerat. Jadinya berkubur begitu sahaja. Tengoklah next year start balik. Conductor pon bz dgn event luar cane. 

Setakat turun kan berat badan ni insyallah slowly turun lah ia. Malas dah weh. Ko tahan makan cane pon... bila timbang camtu gak. Dari aku stress tgk jarum penimbang tak gerak2 baik aku lalui hidup ini dengan tenang. Hahahah. Kan aku cakap, faktor usia. Gituu. Now tiap hari ahad kalau takde pegi mana memang aku ajak je suami dgn anak2 jogging. Sampai aqif dah paham. Alaa keluarkan peluh sikit. Kasi ringan badan. Tak aci la kan, daddy boleh je aku benarkan pegi main badminton... takkan aku xde usaha nak bersukan. Wahhhh. Time cuti jelah pon. Itu kalau takde gi mana. Kalau balik sban ke, ada event ke... thorpaksa la skip. Ada jugak terfikir bawak jelah sport shoes kemana mana... tapi ko tahu la bila dah balik kampung kannn... takda makna la hahahah. Lepak dgn makpak borak2 lagi best. Heee.

Jangan kecam I yek. Korang taknak makan sudahlah. Aku nak makan jugak. Kalau boleh nak jadikan amalan. Sayang perut. Sayang badan. Sayang semua. Muah. Bai.

Nah aku belanja gambar oat pagi tadi.








No comments: