life is beautiful

life is beautiful

Sunday, December 04, 2016

10 tahun di RTM

Yeah. Macam post yang lepas2. Masih di tempat yang sama cuma workflow yang berbeza. Selamat ulangtahun yang ke 10. Semoga aku selalu beristiqomah dalam melakukan tugas tugas hakiki ditempat kerja. Semoga aku sentiasa menjaga batas batas pergaulan diantara rakan sekerja. Seseorang tu pernah kata, bekerja dengan mesin lagi senang daripada kau bekerja dengan manusia. Yess. Totally agreed. Adab bekerja dengan manusia, kau kena jaga hati dan perasaan dia. Nak tegur kesalahan pon kena guna bahasa tertinggi siap mukadimah bunga bagai. Alaa macam mana kau nak orang treat kau, macam tu jugak la kau kena treat orang. Gitchew konsep.
kau hado? kahkahkah

Ofismate aku yang minat giler dengan mawi. 
Sanggup lepas habis recording kejor mawi and ekin sebab nak bergambar punya pasal.
Jadi aku pon terpalit sama ah kahkahkah
Ofismate, roommate, partition mate hahaha. Pangkat akak nih.
Now dah pindah RTM JB. Missed u ceknor.

Zaman muda mudi jahiliah auwm auwm.
Semua pon pangkat kakak u know.
Dari azali memang berdamping dengan orang yang lebih berusia. Haaa gitu.

Rindu rakan kerja yang lama. Rindu sangat. Penat cari gambar lama, banyak yang dah takde. Dulu aku save kat pc rumah sban, tau2 jek pc dah kena format. Huwaaa. Nangis mak noks. Banyak gambar dalam tu. Ada separuh dapat selamat... letak merata rata. Ada yang dalam laptop daddy kat ofis dia. Bila la nak beli external ni... asyik tertangguh je. Lupa ingatan sungguh tau diri ini.

Sooo, macam biasa soalan aku,

bila nak dapat pindah regional nih?

Hahahaha. Soalan padu untuk kerani yang urusan pertukaran. Tak dapat regional pon takpalah.... asalkan aku keluar dari Angkasapuri. Keluar dari KL lebih spesifik.

Batch aku ramai gak yang dah balik negeri masing2. Seronok tengok... dah takyah hadap jammed kl... ke kena hadap lagi di tempat keje baru? Heheeee. Dekat dengan family dan yang paling penting, jauh dari pencemaran alam. Kahkahkah. Alasan engkooo.

Doa banyak2. Insyallah ada rezeki. Allah tak bagi sekarang, bukan Allah tak sayang. Mungkin Allah nak bagi pada masa yang sesuai dan itulah yang terbaik untuk kami. Satu masa nanti. Yeah. Satu masa nanti.

Sabar okay?






No comments: