life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, December 27, 2016

Amber Chinese Muslim, Nexus Bangsar

Hari tu nampak cikepal post pasal amber. Kebetulan last week tak tahu makan kat mana... so lets jalan jalan cari makan. Aloh aloh sekentut je dah sampai. Belakang ofis iols je okay. Ofismate dah pernah makan kat sini. Kesimpulannya, not bad. Recommended kalau yang suka makan mee.. mee tarik segala jenis tu. Untuk set nasi sini tak banyak. Sebab nya pon kitaorang memang order set mee. Hahahaha. Btw okay je taste dia. Bagi aku.

Okay. Actually minggu lepas dua kali pegi kihkihkih. Nasib dekat. Dan jugak malaz nak masuk shopping mall. Ko tahu la bila dah masuk mall, kedai banyak... nak makan apa tak tau. Jadi, dari ko pandang kuman seberang laut, baik ko tengok gajah depan mata wahh gitu konsep.

First trial aku pilih menu Braised Beef Noodle. Iye, sedap... tak rugi pilih. Then kali kedua datang saja nak try menu nasi pulak. Maka pilih la set Mushroom Lamb Rice. Pon boleh la... kang aku cakap tak sedap, bagi aku boleh je makan. Ikut tekak memasing. Tapi kan kalau jenis tekak yang nak purrfect dalam makanan aku rasa toksah la datang sini. Restoran dia biasa2 je... ada menu macam tak sampai bila ko makan. Haaa ko tahu tak feeling tak sampai tu? Tak kena kat tekak melayu. Ada yang kurang like that lah.

Ofismate kata try la kambing panggang dia... insyallah sedap. Okay next time yek. Kalau nak makan busat biar ramai ramai baru seronok nak memilih menu. Hahaha. Baiklah. Next year yer... kita sambut birthday I yang lagi beberapa hari je lagi. Eh terbagitahu pulak. Kahkahkahkah.

Portion dia adalah sangat besar. Macam aku tank kecik, noodle tu boleh makan ulang tiga kali. Punyalah senak perut. Nasib la order mineral. Kalau ko order air yang mengarut, memang boleh duduk berjam jam sebab nak tunggu makanan turun dalam perut. So far mee dia sedap oii... tak muak bila makan. Itu yang nak tak nak ko kena habiskan jugak ah. Sayang makanan.

Harga?
Affordable price. Semangkuk mee besar total cost RM10-16. Boleh la nak makan kat sana sebulan dua kali. Selalu kau bawak bekal kan. :DD



Nengok tu sampai tak habis mee yang dipesan. Membazir amalan shaiton tahu tak. Ehehe. Sekian jalan jalan cari makan disekitar kawasan ofis. Nexus Bangsar ni tempat baru tak baru, baru jugak la. Tak tahu la nak cakap, kedai dia macam ape yek... classy lebih kot tapi makanan biasa biasa? Macam tu. Haah macam tu la. Aku rasa makanan kat kedai celah bedah lagi umph.







No comments: