life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, December 27, 2016

Bowling penutup 2016

Ni kira penutup event untuk tahun 2016 lah kan. Combine sekali dengan budak2 production... kali ni takde group... main sendiri sendiri.  Tapi kenapa? Sebab regu tak balance hahahaha. Dah ongpempuan je berderet, kaum lelaki ada la 5-6-7 ketul. Sabar jelah yek.

Macam biasa, venue kat Endah Parade. Main 3 game, dapat free 1 game... murah pon murah. Maka nikmat mana yang kau nak dustakan? Ermmm. Kali ni aku dah takde tercorot yek. Tolong sikit. Kahkahkah. Sisturr dah improve. Tangan dah power wa cakap lu. Kahkahkah. Nak jugak membangga diri. Actually aku rasa benda2 ni ikut luck ah. Ada masa permainan ko cantikkk je selalu. Ada masa asyik ke longkang. Ada la dalam 4 game tu aku dapat strike. Kalau dulu, nan hadooo.


Ni ah bos aku. Bos baru... ganti bos lelaki yang lama tu. Apasal aku tengok sepesen dah muka aku dengan beliau. Kang ada je isu macam kakak dan adik. Erm sangat tauuu. Bos aku ni sebenarnya into electric power. Nak mintak tukar jkr bos besar tak lepas2. Tak pahammm. Tapi dia okay je... anggap itu semua cabaran buat dia. Sesekali datang bilik nampak tengah mentelaah pasal broadcasting. Hebat sangat tauuu. Macam ni la baru bos. Hahahaha.

Oh yek. Tu dapat hadiah cabutan bertuah. Kali ni hadiah tak bape nak meriah pasal takde sponsor... maka masing2 sponsor hadiah masing2 then kat sana kita cabut nombor. Kira tukar2 hadiah lah konsepnya.



Ni sebahagian jurrr. Maklomlah masing2 kaki bergambar. Mana yang semenggah je aku upload. Korang mesti kata kan, hekelehhh mega lanes jurrrr. Eh murah okk. Dari ko pegi bowling kat MV. Dah la lanes sikit. Kitaorang ni sekali booking, ade la 8-10 lanes. So paham2 je lah. 

Selesai event akhir tahun. Event makan makan takdak kot tahun ni pasal minggu last 2016 ramai yang bercuti. Amboiii sangat. Dah macam cuti hari raya aku nengok. Ni kat opis tinggal aku dua ketul dgn sorang staff tu. Huwaaaa bapak boringggg.


Bai.








No comments: