life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, December 28, 2016

Hoi boring hoi

Minggu terakhir di tahun 2016 dah macam suasana orang bercuti raya. Iye. Boringg tahap cipanzi. Nak keluar tak tahu ke mana. Lagipun takde regu. Dan jugak takde tujuan. Ada tujuan pon regu I is busy bee. Erm suami I lettew. Jadi ko duduk jelah dalam ofis mereput sampai punggoq pon kematu hahaha. 

Weyyy korang cuti kemana ye? Sejak dua menjak ni kemain kat timeline fb asyik upload gambar bercuti je. Tak jealouse pon sebab suka tengok kawan kawan happy dengan family masing2. Kitaorang ni pulak jenis nak pergi bercuti kalau boleh time tak ramai orang. Eh tapi kan tahun depan tak boleh dah kot pasal Aqif dah start school. Jadinya nak tak nak ko kena ikut time budak cuti sekolah. Hahahaha. Takpalah. Yang penting booking kena beberapa bulan sebelum.

Plan bercuti semasa raya cina 2017 bersama idris clan entah jadi ke tidak. Semua tempat yang sesuai utk family ramai pon fully book. Diaorang ni book time bila ni eh? Setahun sebelum ke apa. Boleh tahan sukar jugak nak mencari tempat. Kalau dah takdo rezeki bak kata daddy, family kecik kita kita jelah yang. Ehh I is okay jer. Mana mana la sebab yang sponsornya awak hahahaha. Kami ni ikut jurr. Kalau dia kata jom pi pulau, laju2 aku cop jom perhentian. :D

Kalau dia kata bawak family aku,  laju2 aku book kat area penang ke kan. Tak pon jb. Family aku tak ramai jadi agak mudah nak arrange hotel or apartment. Tak pernah bercuti ke penang kau tahu. Teringin jugak nak jalan jalan cari makanan kat sana. Dah kata penang tu kan surga makanan. Amboi sangat perangai. Orang bercuti nak release tension. Wey makan makan pon boleh release tension apa. Nak gak tahu sedap sangat ke nasi kandar kat situ. Dah diaorang pi penang asyik2 makan nasi kandar. Tu memang acara wajib ah kalau bercuti kat penang. Oh yeah?

Dah start yek orientasi darjah 1? Masing masing dok update anak kat school. Hahaha. Aku tunggu la 3hb nanti. Tu tak tahu cemana keadaan nya. Harap2 okay lah kan. Rasa macam hantar anak nak masuk asrama penuh kekdahnya. Aku bukan apa... bukan tak percaya kat Aqif... tapi kau tahu la. Dia dari baby sampai besar gini memang duduk rumah pengasuh. So pening jugak memikirkan keadaan bagaimana dia nak sesuaikan diri dalam suasana sekolah. Ada timetable kan. Makan dia lagi. Aishh. Aku sampai la ni memang suap dia makan. So lately memang ada pesan kat dia... nanti kat school Aqif kena makan sendiri. Makan jangan sepah2... takmo tumpah2. Hahahaha. Dia okay je dengar ummi dia membebel. Tu belum pesan cebok berak/kencing cemana. Hahahaha. Tiap kali cebok, tiap kali pesan suruh bersih2. Naik bosan jugak kot dia mendengar pesanan aku. Takpa. Budak memang kena pesan banyak kali. Beribu kali pon takpa.

Tu satu la. 

Ni takut jugak dia nak bergaul dengan rakan sebaya. Entah okay ke tidak. Hari tu ada borak dengan dia. Tanya la pasal school. Aqif cakap dia nak school tapi dia cakap dia malu. Eh? Hahaha malu rupanya anak aku sorang ni. Aku tanya malu kenapa. Dia jawab sebab dia tak pandai. 

Alalalala.

Nanti ticer ajar la jawab aku. Aku pesan gak, kalau nak apa2... nak makan or kencing dan lain lain, bagitahu je ticer. Ticer tak marah pon.

Sedih je rasa. Sebab sedar2 anak dah besar. Bangga pon ada, sebab dia dah pandai berdikari mengikut usia dia. Esok esok giliran adik pulak. Eh lepas tu tambah baby lagi kan? Hahahahaha. Sunyi lah rumah. Tulah kan, anak ni kita struggle masa dia baby sampai umur 4, 5 tahun je. Then lepas tu dia dah start sekolah... dah start ada ramai kawan. Aku ni mujur kerja ada syift. Bila syift petang dapat la luangkan masa lebih sikit dengan anak selain hari weekends. Eh hari weekends pon boleh berebut tau hahahaha. Mana nak balik kampung seremban lagi... balik shah alam lagi. Tu belum kadang2 pengasuh nak bawak anak anak jalan. Eh tu belum lagi pi melawat sepupu sepapat. Kahkahkah.

Sementara diaorang nak membesar kan. Aku ni dah rasa selesa sikit pasal Dareez dah besar. Boleh paham apa arahan kita. Now sedang belajar bercakap dengan betul. So senang nak bawak jalan. Pastu dalam hati terfikir eh boleh tambah lagi tak ni? Kahkahkahkah. Niat tu ada weyyy... sapa kata tak rindu bau baby? Rindu lah. Aqif pon sibuk teruja bila nampak baby. Hekeleh.

Nanti yek nanti. Ummi nak jaga badan luu. :DDDD








No comments: