life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, December 27, 2016

Iye. Memang saiz kaki aku tak berubah. Erghh.

Rasanya nak bergaya dengan kasut clarks dan branded yang seumpamanya adalah sangat tak praktikal bagi sisturr. Nak nangis lah weh. Scroll website, dah berkenan sesuatu design, lastly size nan hado. Huwaaaaa nak hantuk kepala kat dinding. Orang lepas bersalin saiz kaki memgembang... dah aku ni statik macamtu gak. Memang payah nak cari size kasut. 

Ingat lagi raya hari tu... memang nak cari kasut/heels sesangat. Pergi la butik... takdo gak size. Paling kecik size 5. Then tak puas hati... masuk la aeon... mencari gak sebab nak puaskan hati... aah still takdo size. Mana design yang aku berkenan, yang tu la takde size. Eh ni nak sabotaj aku ke apa?

Dan kemudian, vincci jelah tetap menjadi pujaan hati. Forever and ever. Tu jelah brand yang banyak size petite. Huhuhu. Macam clarks... selected design je yang ada size aku. Alaa tapinya ko tak berkenan pon. Apebender la flat bagai ni. Aku nak buat kasut jalan so kenalah menarik tertarik the bom bom. Taste suami sistur nak yang tinggi2... wegdes ke... yang nak menampakkan aku ni tinggi. Hekelehhh. Zaman kasut tumit tinggi dah berlalu la. Sekarang fasa nak menjaga kaki kahkahkah. But why not kasut tinggi tapi selesa dipakai kan? 

Tak merasa la sistur nak melaram brand international. Even aldo pon susah nak cari size. Nak beli adidas slip on pon bercinta tauuuu. Sebabnya size paling kecik uk5. Eh eh ko dah kenapa sabotaj saiz kaki aku. Kauorang tak meroyan ke nengok orang pakai adidas slip on tu? Walaupon bukan wedges tapi ianya macam best sebab sporty dan menutup kaki. Aku actually nak cari kasut yang tinggi tapi selesa dan menutup aurat gitu. Tapi belum ketemu. EH silap, haah, ada je ketemu tapi takde saiz. :DD


Baru beli last week. Sebab dah nazak sangat heels yang aku tinggalkan kat ofis. Siap tapak nak tercabut. Ni spesis yang akan aku taruk kat ofis duduk diam diam pakai bila perlu saja. Mostly everyday aku pakai crocs je. Selamanya di hati. Hahaha. Senang nak berjalan laju... bila hari hujan senang kering. Maklomlah aku kan pejalan kaki tegar. :DD Nak jugak ah cari crocs yang design ala ala wedges. Ermm boleh paw daddy as a birthday gift ke apa ni?


Baiiiii.








No comments: