life is beautiful

life is beautiful

Friday, December 02, 2016

Jogging kat Taman Bukit jalil

Eh dah masuk bulan Disember.... like seriously? Rasa macam baru je aku menyambut birthday yang ke-30 hari tu... sedar tak sedar ehhh nak sambut birthday yang ke-31 pulak... kahkahkah tak kelakorrrrr. Cepatnya masa berlalu... rasa takuit pulak. Orang kata semakin meningkat umur, semakin dekat kita dengan kematian. Wallahualam. Semoga aku berpeluang mati dalam iman... semoga aku mati dalam keadaan yang baik baik je.

Eh apa ni cerita tersedih pulak. Come on. Dah akhir tahun ni... markah skt pon dah settle... jadi meh la kita berjimba jimba.

Dah beberapa minggu kalau tak kemana kitaorang santai aktiviti jogging kat taman bukit jalil. Bukan takde tasik yang terdekat, ada je... tapi entah. Sebab tasik bukit jalil tu besar kot? Kawasan untuk berjogging luas, ada trek jogging ala ala dalam hutan... then sejuk dan segar sebab still banyak pokok2... Then ada outdoor playground... then ehh kauorang pergilah sendiri. :D


Ahh. Aku ni kalau bab berpeluh tang muka memang win. Tak paham kenapa... tapi takde pulak aku nengok pipi tembam ni surut... sama je dari dulu sampai sekarang takde perubahan... ke cemana ni? Suka tau mainkan perasaan aku. Well, dapat jogging dua kali round kolam yang tak berapa nak besar tu ok dah. Takyah ah poyo nak pusing satu tasik... sempuit engko tahu. Masa first sampai memang batak sikit... ada ke pi parking kat pintu masuk yang paling depan... then playground kids kat belah hujung... memang mendapat balik nak ke kereta masing2 thorpaksa dukung anak sorang satu. Rasakannnn. Pegi tak buat research dulu sapa suruh. Yang aku tahu, taman bukit jalil ok b... tak ramai orang. Haah tak ramai lah sangat :DDD mostly chinese suka datang situ berjogging.

Dah tahu game, kali kedua dan seterusnya kitaorang bijak lah dah. Parking dekat dengan playground so senang nanti nak balik takdelah jauh sangat nak menapak... walhal ko nk pegi tasik nak keluarkan peluh. Habissss, dah jogging lapan puluh kali round, bila time balik masing2 pancit termasuk ah anak anak. Kelakor bila ingat. Si dareez lagi lah... sampai give up taknak ikut aku jogging... dia rela duduk kat tepi kolam bagi ikan makan. Hekeleh dikkk, tak power macam ummi ah camni.

Ko tak nampak ke ada ketenangan kat situ? Mana taman je yang kami tak pernah pegi? Tasik perdana ai is cannot... manusia memang ramai... nak main playground sorang satu jaga anak sebab takut hilang. Then aku tak berapa nak paham peta dia. Koooo tasik kemahin besorrrr. Tak mampu nak round 3 kali T___T sebab semput hahahaha. Parking pon payah. Tu memang menjadi masalah yang sangat besor. Tapi kalau dah takde port, pergi jelah situ. Nak buat macammana, duduk kat tengah hutan bandau. Terima lah hakikat yang oksigen semakin menipis.


Tujuan jogging ni bukan apa... masing2 dah bangun pagi dari takde buat apa... dok tengok tv then bangun tido balik maka moh ah berpeluh sikit. Since zumba pon dah berbulan takde class... aku ada gak kesedaran sivik. Tak cukup weyy pegi keje balik keje jalan kaki... at least nak gak aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh. Nak join ofismate main badminton, ahkak tak teror dikkk. Nanti kena kecam ahkak tak rela. Auwmm hahahaha. Nanti ah ahkak training dulu dengan suami... dah betul2 confident baru boleh berganding bahu sama sama smash shuttle okayyyy. Ahkak janji. :DDD

Takde ah weyy. Badminton is not my favourite sport. So nanti ah kalau terbuka hati nak main, aku join ye. Kalau tak, aku tukang jaga ofis je ah bila kauorang tournament. Win win situation namanya.

Aku kan terasa nak ajak daddy and kids panjat broga hill lah. Macam boleh je anak anak aku tu... baca review dalam 45minit boleh sampai puncak. Nampak budak2 ni macam boleh, tapi daddy kata nanti dulu. Alaaaa. Alang2 kalau balik sban kan... rumah aku ke lenggeng tu takde jauh mana sebab ada jalan dalam. Aku perati je tau member2 upload gambar view puncak broga hill. Teruja hokeh. Harus masuk dalam list 2017. Oklah bai.












No comments: