life is beautiful

life is beautiful

Thursday, December 08, 2016

Retis pon berpantang uolls

Korang tengok Hairul Hanis Junior? Aah aku baru je tengok tadi. Si HZ yang uptown girl tu pon mengamalkan pantang warisan melayu. Jadi, takde sebab kauorang kata leceh la apa la itu la ini la. Beza pantang melayu dengan pantang orang barat, diaorng makanan ruji takde santan lemaks bagai. Pemanas badan pon minum red wine. Jadi kita ni kenalah pandai bawak diri. Aku tak cakap aku punya alam pantang superb. Ada je cacat cela nya. Tak larat nak ikut 100%. Takde orang nak jaga kau doplohpat jam hahaha. Maka, kau kenalah amik tahu sikit sebanyak. 

Ye, mcm HZ bgtau tadi... suami sangat memainkan peranan. Dah bini merengek nak makanan makanan yang tak boleh time pantang, toksah la ngikut. Daddy tu bukan aku nak kata dia the best ke apa... masa dalam pantang dia yang lagi over dari mak aku. Aku teringat waktu bersalin anak pertama... punya dia tapis setiap makanan dan ubat ubatan yang aku makan. Yelah, before bersalin aku ada jugak discuss dengan daddy tatacara waktu berpantang. Kang nanti terkejut beruk pulak ia tengok aku makan lauk hape. Selalu lah berbual dengan suami. Mana yang dia tak tau, kita bagitahu... terangkan kenapa tak boleh... kenapa kena pakai itu ini... kenapa baby kena tuam lah itu lah ini lah... haihh macam macam kalau nak taip penat pulak jari jemari ai. Hahaha.

Ye, aku salute HH. Sebab dia tahu susah nak tackle HZ... dia try to be the best husband for his wife. Netizen tahu nak kondem jerr. Kata over. Bagi aku, its normal. Dia menghargai benda yang dia susah nak dapat. Macam kau, baru beli dream car... tak ke kau rasa nak tido kat dalam tu. Hahaha. Crush dari zaman remaja kot HH dengan si HZ. Jadi... takde sebab dia tak boleh nak tunjuk appreciate dia kat HZ... mungkin disebabkan mereka public figure... selalu post kat media social... peminat jadi meluat. Come on... jangan meletakkan hukaman dengan mudah. Kalau kauorang pon artis agaknya dah lama kena kutuk berlori lori. Anak tumbuh gigi pon nak haplot kat fb, menderrrr. 

Ye, aku belajar dari kesilapan lalu. Daddy selalu pesan. SELALU yer. Jangan terlalu mendedahkan kehidupan kita di alam maya... especially fb, ig. Ni blog nasib ah dia tak tahu ada lagi ke idak kewujudannya. 

Eh ape ni. Nak cerita pasal berpantang... melalut dah.

Aku kan paling tak boleh nak terima akal bila ada parent yang bawak baby baru umur 3-4 bulan keluar jalan pi pasar malam ke... pi tempat yang ramai orang... waktu malam/tengah malam. Serius weh. Aku seorang mak yang kekampungan. Anak anak aku memang over 6m baruuu keluar berjalan merata. Itupon takde ah pi shopping mall. Takat beli barang... aah aku dok dalam kete jerrr. Biarlah daddy pergi sendirian. Memang tak biasakan. Kau tengok ah anak anak aku... jarang kan aku update jalan jalan ke shopping mall. Hahahaha. Ada pon, memang tuju ke indoor playground... makan makan sat then balik. Takde ah bersidai tak tentu tujuan ke mall bawak anak. Ai is cannot... dan daddy is cannot too.

Itu yang balik, anak meragam kau jangan kata anak mengada ke apa. Lagipon baby ni mudah terdedah dengan virus. Antibody belum kuat lagi katanya. Tapi, tengok jugak. Kot anak dia memang kebal... maka bawak pi jalan merata pon okay jerrr. Haa bawak ah. Kang yang susah, kauorang tanggung sendiri ye tak?

Its okay kalau nak bawak sekejap pi makan, beli barang... then balik cepat2. Tak ah jalan merata wey. Esok anak dah besar, kau nak bawak pi hujung donia pon silakannn.

Jangan kecam aku uolls.

Ni aku cerita masa baby. Dah besor nak jalan merata pon tak kisah. Sukatila. Baby baby ni, rileks kat rumah sudeh. Lagipon kang kacau dia punya time tido... balik rumah sure meragam... pastu ko marah anak tu asyik nangis, nangis. Dah engko bawak pi jalan merata... penat ah badan dia. Nak cakap tak pandai... jadi dia nangis je. Pastu kau menggelupur. Hihihi.

Nak nak time maghrib, mak bapak aku even family in law pon memang pantang baby kecik2 still ko ada kat luar lagi. Even terdesak, pastikan ada kat dalam kereta or tempat yang tertutup. Berani engko masih diluar semasa maghrib? Nak kena ceramah free berbakul bakul, silakan. Jadi aku dah terbiasa. Kecualilah kan... ko otw kemana mana memang tempuh maghrib di perjalanan. Itupon pasang ler ngaji2... zikir2 kat dalam kereta.

Sekian tazkirah dari aku.





No comments: