life is beautiful

life is beautiful

Thursday, December 15, 2016

Short vacay : De Serenity, Jalan Pantai, Jelebu

Now nak pergi holiday memang short notice. Hahahaha. Daddy bila berbunyi, ''yangg cepat cari tempat bercuti... kita pergi anak beranak... kalau dapat harga yang affordable, bawak parent ayg sekali." Tuhh dia punya arahan. :D

Jadi setelah timbang tara darab dan bahagi... disebabkan minggu itu adalah minggu public holiday, dan jugak kebanyakkan tempat sudah fully book, ditambah dengan cuti sekolah... maka tak dapek la nak membooking banglo/villa/hotel yang semenggah untuk mak bapak aku sekali. Oleh itu, kita kita jelahhh. Sementara itu, sebagai recce line katanya. Hahahahaha.

Apo panjang bona mukadimah.

Yelah. Dah baca banyak review yang villa kat Jalan Pantai-Jelebu tu lawa2... private and privacy... oklah kita try. Sis cuba mencari villa dengan harga yang palinggg murah tapi berbaloi. Try booking guna airbnd... dari harga bilik sebegitu ko dapat le potongan harga yang mampu milik. Iye. Masih mampu milik. Kalau nak diikutkan bak kata daddy, takdelah berbaloi sangat. Eh eh... dia kan yang nak tempat yang quite, hutan, private pool (optional), jauh dari kota, ada air terjun.. pantai pantai... jadi inilah tempat paling sesuai since proposal ke janda baik aku ditolak atas alasan tak sesuai untuk bercuti kita kita. Amboiiii banyak sangat kehendak. Maklomlah daddy tu kan funder.

Rezeki kitaorang kot. Bukan the shorea, the dusun... apatah lagi awan mulan. Tu stok mahal nau nau okeh. Belum mampu lagi nak campak duit semalam seribu kahkahkah. Aku dapat De Serenity. Bilik paling murah. Murah tak murah pon boleh tahan lerrr. Janji ada pemandangan atas bukit. Kehkeh.

Apa?? Tak pernah dengar? Amboi... lulz sangat tauuu perangai.



Actually kat sini ada banyak private villa. Lain lain owner... maka harga untuk semalam pon lain lain. Sebab tu bila aku mention De Serenity memang takde yang pernah dengar ye tak? Ikut la kalau kau power dalam mencari tempat percutian, memang macam macam kau akan jumpa... sampai tak pernah dengar pon ada. Sini memang kawasan private. Nak masuk pon pagar berkunci... kena tunggu pemilik or penjaga villa yang tolong bukakan pintu gate bawah. So setiap penyewa akan dibagi kunci gate spare in case ko malam2 bosan... nak turun beli barang kat pekan Pantai. Aah, ye bosan. Sebab bilik yang aku book takde tv. Hahahahaha lawak apakah ini??? Eh tapi injection cooker adaaaa. Siap toaster dan jugak cerek lektrik... mini freezer... pinggan mangkuk, periuk belanga. Eh lengkap ah kalau nak buat bbq. Owner ada jugak sediakan makanan asas macam roti, jem, telur beberapa biji... kopi, teh gula. As usual.

Bilik kitaorang ada beranda... boleh la lepak2 kat luar tu. Tengok pemandangan bukit... awan.. boleh rasa angin. Hahahaha best woo. Sapa yang pencinta alam macam aku ni rasa happy kot. Atas bilik kitaorang adalah honeymoon suite. Pon takde tv gak. Cuma besar sikit then mengadap pool. Memang nak suruh ko berhorny ramas mesra sangat. Kahkahkah. Owner sini adalah perempuan india kahwin dengan mat salleh. Before pegi aku ada buat research sikit. Ye ah ko nak booking tempat orang kan. Harus tahu apa yang ada and best kat sana. Penjaga villa ni orang asli. So dia la yang uruskan bilik dan jugak breakfast kitaorang untuk esok. Dia jugak ah yang bersihkan villa. Haaa aku tanya gak pasal breakfast tu... nasib dia sub kat gerai2 melayu... was2 kena ada sebab checkin je para anjing dah menanti. Kahkahkah memang lawak nak mampus.





Ada video aku banyak upload kat momen instagram. So sapa yang tengok tu tahu la tempat ni cemana. Atas bukit, tenang... dan kalau ko kaki hiking.. memang ada tempat untuk hiking. Ada air terjun tapi kena jalan sikit. Kitaorang sebab ada anak kecik... tak kuasa. Nanti lah yek. Sebab tempat hiking dan air terjun kena keluar dari pintu gate bawah tu. Kena masuk ikut jalan loji air Pantai. Korang pi google ah. Susah pulak aku nak taip untuk menerangkannya.

Aku tak galakkan kan stay sini bagi yang muslim. Walaupon view cantik, pool tiptop... tapi apa guna kalau setiap villa didepan pintu ada anjing jaga. Hahahahahahahaha memang menakutkan. Sebab tu dalam gambar nanti korang akan nampak masing2 standby kayu :DDD Pagi sebelum mandi pool, plan nak jogging... sekali dah berjalan ke area atas sikit, nampak anjing dok menunggu. Agaknya dia ingat kami ni penceroboh kot. Ye ah... ko rajin pulak kan jalan kaki... yang orang kat sana at least naik motor. Nak gugur jantung aku sebab dia kejor. Hahahahahaha. Nasib baik ah datang anjing penyelamat. Anjing dari villa sebelah villa kitaorang. Memang jinak pon. Jenis yang suka dok gesel2. Ah tak rela tau takkk. So kesimpulannya, kalau stay situ, ko duduk jelah dalam kawasan villa engkorang diam diam. Mandi jelah pool sambil layan view. Nak jalan sampai atas bukit better naik kenderaan.





Kebetulan, time yang kitaorang checkin memang kitaorang jelah yang stay situ. So kitaorang jelah. Pool takde kongsi2 dengan orang lain. Heaven sangat ni tau. Tapi malam memang sunyi. Dengan takde entertainment... tambah pulak line internet suam suam kuku. Jadi aktiviti malam selepas anak tido, aku dengan daddy lepak kat beranda borak2. Pekena teh cicah biskut... sambil layan perasaan... sambil borak pasal masa depan. Syahdu gak suasana itu. Patut la orang zaman dulu ramai anak ye tak? Hahahahahahahah sebab takde buat apa malam2. LOL. 



View pagi yang sangat awesome. Nak dapat kat KL macam ni payah sangat tau. Nak mandi pon sejuk. Huwaaa jom la pindah kampung. Dah memang orang kampung kan, ko campak mana pon hati tetap di kampung. Feeling dia lain tau tak.




Sekian percutian yang dirancang seminggu sebelum. Booking pon beberapa hari sebelum. Hahaha. Ingatkan tak jadi short vacation. Memikirkan budak cuti sekolah sure semua tempat pon penuh. Ini pon aku extend cuti. Kalau tak memang fully book.

Amacam? 
Ada rasa nak pegi tak?
Hehehe.

Aku dah bagitau kan apa yang best dan tak best kat sini. Sapa yang tak kisah pasal anjing tu ok je. Tapi aku kisah hehehehe. 

Aku nak cakap jugak... ucapan terima kasih kepada suami kerana sudi taja percutian pendek kali ini. Aku suka. Anak anak lagi lah suka kuasa boboiboy. Selepas daripada percutian ini, Aqif asyik cakap nak pegi hutan nak mandi air terjun jurrr. HAHAHAHA.



















No comments: