life is beautiful

life is beautiful

Friday, December 02, 2016

Young Living never die

Hai.
Lama usha diffuser dari YL and baru sekarang terasa nak beli. Itu pun nasib baik ada ofismate yang jadi member... so senang. Actually aku dah lama rasa... bila pasang pewangi yang pelbagai brand, lama kelamaan kepala aku jadi sakit.. pening la hape la itu la ini la. Serius lah weh. Memang lah bilik/rumah ko wangi, tapi bau bauan chemical yang ko bau tu... kita tak tahu ingredients dia taruk apa ye?

So disebabkan aku dah ada kesedaran sivik paras yang tertinggi (ecehhh) jadinya, aku tak kira, broke ke idak bulan ni, aku turutkan hati jugak. I is cannot yek... tak kuasa lagi nak memeningkan kepala dengan bau bauan chemical.. so marilah bernatural healing walauponnn. Hahahaha walaupon aku agak kedekut sikit nak membelanjakan duit membeli eo. Adoiii setiap eo sebotol lain lain harga okeh. Ada yang cecah ratusan ringgit. Yerrrr, sebotol okay. So jangan ditanya kenapa eo lavender dan lemon yang aku beli tahun lepas masih belum habis. Kahkahkah. Penjimatan ditahap tertinggi begitulah :DD

 Beli dewdrop diffuser dapat seketul eo lavender and lemon. Walaupon 5ml tetap syukurrr.


Maka, mulai dari saat ini, kalau boleh hari2 masa nak tidur aku akan pasang diffuser bersama dengan eo lavender. Kemain yek, tido lena selenanya hahahaha macam before ni ko susah nau je nak tido kan. Actually, anak2 aku jugak sebelum diaorang tidur, kalau rajin aku akan urut mereka dengan eo lavender campur vco. Paling suka si Aqif tulah... nak2 part kaki. Amboi sangat perangai. Ikut sapa tak tau :D Si adik lepas mandi nak jadi habit lak kena lumut eo rc. Amboi amboi sangat perangai. Tapi aku ok jerrrr. Bukan nak kata woww banyaknya duit boleh beli barang YL. Eh takde yekkk. Aku pon menabung gak. Siap bayar ansuran lagi.

Sajalah nak try n error. Kot ada feedback positif kat anak aku, senang la bila orang tanya produk YL ni bagus ke idok... aku jawab lah berkesan kat anak2 aku dan diri sendiri. Boleh je cuba kalau kauorang nak. Sebabnya, ada je kawan2 disekeliling aku dok jual. Bukan jual nak untung sangat, just nak maintain membership. Bila kau maintain membership, kau dapat la benda2 yang mahal tu free. Pastu boleh la jual kat kawan2 yang nak. Haaa gitchew konsep.

Now sedang berkira kira nak beli eo yang harga dia di bawah 100. Tu pon rasa dah mahal... baik beli bokitta ye dak. Kahkahkah. Napsu bokitta tak surut lagi uolls... nanti2 la aku layan napsu membeli eo ni eh. Kena satu satu, sebab aku bukan orang ada ada. Tapi kan, aku suka jer pasang diffuser kat hall. Ala ala bau spa rumah engko. Daddy pon ada tanya2 menatang apa yang aku beli ni. Siap confuse why harga tak masuk akal. Why??

Sabar sayang sabar. Dia ongpempuan memang cenggini. Jangan terkejut sangat. Kalau dia tahu harga selai tudung bokitta tu beratus mahu setahun dia dok zikir kat tepi telinga aku. Ermmm sorokkan, sorokkan. Jangan bagi tahu daddy okayyy.


Ni aku amik kat fb budak junior aku time sekolah teknik dulu. See, takat eo bawah RM70 aku tutup mata jelah. Lagipon benda ni tahan berbulan bulan kalau betul cara penggunaannya. Takkan la engko perangai ongkaya sangat dok titis lapan puluh titik kat dalam diffuser ittew. Ermmm. Aku usha baik je lemongrass tu... opismate kata kalau ko pakai kat diffuser nanti rumah bau ala ala spa. Cewahhh terus rasa tazabarrr. Sambil rumah bau spa kang nanti baru lah ada feel mengurut daddy. Kahkahkah kemahin berjanji.









No comments: