life is beautiful

life is beautiful

Monday, September 04, 2017

Hari Merdeka di Bukit Malawati

Punyalah takde keje, kami sambut merdeka pegi Kuala Selangor borong ikan kat Pasar Penambang kahkahkah. Esoknya pulak raya haji. Dan tahun ni turn Shah Alam so memang mereput lah kat KL. 

Alang2 ke Kuala Selangor, singgah lah ke Bukit Malawati... bawa anak jalan2 walaupon cuaca boleh tahan panas berdenting. Aku bukan ah peminat sejarah.. spm dapat 4 kot tapi bukit malawati salah satu tempat yang aku nak sangat pegi. Kenapa eh? Sebab dulu masa sekolah rendah hobi membaca buku cerita... ada satu buku aku baca mengenai sejarah bukit malawati.... pasal meriam dia meletup sendiri apa tah tapi buku tu is jenis seram tapi genre sejarah. Kelas kan dak2 darjah 3 baca buku genre sebegitu. So memang nak pegi la satu hari nanti. Alhamdulillah termakbul gak walaupon tak dapat masuk rumah api. Eleh rumah api je pon ko dah kenapa nak sedeh.

Lunch kat D'Coral Ikan Bakar. Nak sangat makan ikan bakar kan, so layan jelah tekak suami. Ikutkan tekak aku, alang2 dah sampai sana, apa kata pekena nasi ambeng ibu kat tanjung karang. Tapi tulah, jalan jammed. Maybe yang balik kampung menghala Perak dan keatas guna jalan dalam. Padahal ailio aku dah ngecess start dari rumah. Kahkahkah this is not funny ye korang pasal makan boleh buat gaduh :D



Kemain lebar muka aku, lantak situ. Malas pikir. Kalau dah pipi pau tu nak sorok celah mana lagi pon taktau... i is redha. Ada lah gak kan pipi dari cengkung macam jerangkung harharhar cakap nak sedapkan hati. 

Ada kejadian lawak kat atas bukit nun. Usai aku snap pic diorang bertiga, dan2 sekor monyet rampas eskrem dareez. Punya lah terkejut sampai dareez tak kata apa2. Kami bantai gelak sakan... then baru dia nangis. Kahkahkah. Tulahhhh lainkali jangan duduk kat tempat sebarangan. Monyet memang banyak. Dan tak makan saman. Nakal eh sekor2 rasa nak jentik perut. Diorang ni memang lapar sokmo ke cane? Kat atas tu ada je pengunjung bagikan makanan untuk diorang. Dasar bela saka. Ciss.

Pegi atas bukit takyah jalan kaki, kita naik tram uolls. Tapi tulah pegi time panas, lepaknya sekejap je pon. View lawa... dari jauh sayup2 nampak selat melaka. Eh aku suka laaa pemandangan macam tu. Rasa tenang... rasa diri kau kerdil sangat... hakikat memang kau 'comel' pon kan ;p Rasa sayu je... or maybe sebab aku memang suka laut? So next trip kemungkinan aku minta daddy supaya bawak kitaorang ke Tanjung Tuan.



Beza diri sendiri yang tangkap gambar dengan suruh orang yang tangkapkan. Adeiiii sungguh terharu aku sampai rumah api dah sama kaler dengan langit. Grrrr maroh ni tahu tak. Tapi okayy la ada jugak sekeping gambar untuk dibuat kenangan. Nak pegi lagi insyallah mungkin berbelas belas tahun yang akan datang.

Nak bagitahu gak tuuuu bokitta istabrak kahkahkah jangan maroh uolls ;p kakak jarang beli design yang sebarangan.... sebab mahal satu, jadi kena lah beli sama nilai dengan duit yang kita keluarkan. Kedua, sayang lah kot kalau beli corak yang tak seswai dengan kita. Dulu2 masa mula terjebak, asal murah je beli. Hahaha now dah bijak sket. Tunggu mark down sale baru beli. Kakak layan jugak yang preloved... sebab kakak bukan jenis bajet cam banyak duit. LOL

Ni lah seketul meriam yang sempat diambil gambarnya. Suami i taknak layan i bergambar kat situ. Dia lebih pentingkan menunggu tram yang nak datang angkut kami turun ke bawah. Padahal dah panas berlengas senornya. Hihihi.

Aku suka jalan2 ke area Kuala Selangor... sebab rasa macam best. Rasa dekat sangat dengan diri ini auwmm. Dah nama budak kampung so sedorlah diri orang kampung. Settledown memang kat kampung lah agaknya. Doakan yang baik2. Mana tahu kot rezeki pencen awal. Duduk kampung, bercucuk tanam hahahaha. Ok tak kelakar, aku seriussss.






Bukit Gasing

Last month daddy dah start masuk class. Ada short course kena attend utk job dia. So secara officialnya dalam dua minggu sekali kami akan mereput kat rumah kahkahkah. Tak lawak hokeh... boleh sakit kepala tengok dinding kiri kanan ;p Jadi, dalam minggu yang dia takde kelas, atas inisiatif daddy sendiri, dia kena lah bawak kami jalan2.

Aku kalau ajak keluar memang fikir bawak anak2 pegi taman... senornya mak dia yang nak jogging hahaha. Kira 3in1 lah kot... sekali main taman,sekali aku jogging dan pegi sarapan kat luar. Unless ada hal nk kena pegi mall jadi kita pegi la. Tapi aku lebih suka pegi taman. (Read: i want jogging u know that nak kurus kan haha!)

Panjangnya mukadimah padahal aku nak cerita hiking kat bukit gasing jurr uolls.

Salah satu tempat jugak yang nak pegi... sepelaung dari rumah tapi tulah... asyik lupa. Dan kalini aku tak kira... kena pegi jugak. Kelakar jugak ah bila fikir ko hiking bawak anak banak bawah umur... ko bajet anak power pompom je kan... ko fikir fitness anak ko hebat hahaha. Sampai sana dengan laki aku sekali confuse budak2 ni boleh ke idak. LOL

But, yasss we made it. Sebab track dia pada aku takdelah mencabar mana. For beginner sangat sesuai.




Aku post gambar kat group, diorang tanya ni kat area mana hahahah susah nak cakap. Sebab 1st time naik sini jakun jap pon ada tak tahu la puncak mana yang aku tawan =D Rasa power ah kan bawak anak hiking hahaha. So lepas ni boleh la kita ke broga hill.

Masa turun gatal pi ikut jalan lain. Sekali bukan sampai kat pintu masuk bukit gasing.... sekali bukit kerinchi daaa hahahaha ni nak nangis ke nak gelak ke taktau la. Last2 turun bawah, tunggu grab kat depan komuter pantai dalam, balik semula ke pintu masuk bukit gasing amik kete. LOL sangat perangai.

Moral of the story, naik ikut jalan yang sama, balik pon kena ikut jalan yang sama ada pahammm. Masing2 cam terer je kekdahnya.












Monday, August 28, 2017

Moral down to the maxxx

Erm. Sedih la. Approval tukar tempat kerja belum nampak bayang, nak tukar department yg kerja normal hour belum tentu dapat, kena q lagi ada. Ko ingat ko sorang je yang nak duduk normal? Ehehe. Sedih la macam ni. Kita kerja kat RTM  bukan kerja normal hour macam jabatan lain (READ: kecuali badan beruniform. READ: teknikal RTM) 

Mostly bahagian teknikal kat rtm jalan shift hour. Department aku pecah kepada dua, normal hour (dulu aku normal gak) kat bangunan lain. Aku dengan geng lagi yang bekerja shift di bangunan lain. Hahaha nak terangkan pon pening. Ni kan pulak nak paham jadual kerja syift. Tapi yang bestnya walaupun department aku kerja shift, sabtu ahad, public holiday cuti. Kalau kena kerja kira OT. Ada paham? Kalau staff syift lain cuti/mc/el, another staff dari shift lain kena ganti.

Masalahnya pekeliling kat jpa tu takde ye jadual kerja cenggini.

Baru2 ni penyelia aku attend meeting pasal pelarasan waktu kerja. Memang banyak isu untuk bahagian teknikal. Masa awal tahun, sibuk yang kerja shift kena kerja 46jam seminggu. Lebih sejam dari normal hour. Pandai2 la kau nak bahagikan cemana. Ni dia sekat pulak claim bookoff kita. Korang paham ke dak istilah bookoff tu?

Dan kalini terdengar khabar angin, kerja shift kena 6 hari seminggu... means, hari cuti bukan sabtu ahad. Alah macam jadual keje kilang la. Adoiyaiiii terus kami stress to da maxxx.

Terus rasa menyesal tak hantar surat pertukaran awal2 masa mula2 masuk kerja. Terus rasa ishh kenapa lalai lupa diri tak fikir panjang tak fikir masa depan masa dapat kerja kat sini. Seriouslah I cannot handle this bila kita dah berkeluarga.... suami bukan pekerja normal hour masuk 8 balik 5. Terus ingat bila semua ni akan berakhir? Anak2 aku nanti dah start sekolah.... nak tengok homework bla bla bla.

Entahlah. Sampai satu tahap aku dah rasa macam tak nak fikir apa2. Lantak kau situ.

Ni tengah moral down.

Belum lagi kalau rumah dah dapat kunci. Takkan kau nak pandang sepi je rumah kau beli. At least tak terasa nak duduk ke? Do something dengan rumah tu. Pening ah pikir.

Bagi lah aku tukar weyyy. T____T








Friday, August 25, 2017

Focus Blend

Aku tak tau ianya berkesan ke tidak, but at least aku cuba. Aku nak masa dia sedang belajar, input yang teacher ajar, masuk dalam kepala dia. Gituh. So bukan aje ko amalkan pemakanan sunnah untuk anak, ko boleh jugak guna kaedah lain. Contohnya, ini.


Aku takdelah beriya sangat nak cakap yes its works ke apa. Macam aku taip kat atas tadi, at least aku cuba sesuatu yang lain. Yang lebih natural gitu. Eh best bau dia... Aqif pun suka. Memang before pegi school harus lumur minyak sket. Alaa benda ni main dengan hormon kau la. Kalau kena dengan badan ko, berkesanlah ia. Kalau tak serasi, ko lumur berpuluh botol pon tetap tak jalan.

Setiap oil/blend oil ada kegunaannya yang tersendiri. So better beli dengan trusted seller. Yang boleh guide korang cemana nak blend and apply. Aku ni harap beli minyak yang selalu aku guna jelah... yang lain tak bape mampu lagi. Harharhar. Paling jatuh hati adalah lemongrass... Sekali titik kat diffuser pehhh satu rumah bau spa. Time tu memang nak duduk berehat tengok tv jelah. Taknak buat benda lain. LOL

Oh yek, aku beli dengan junior aku. Masatu Safura tak jual young living lagi. So sekarang dah ada kaki, aku beli kat Fura jelah. Dekat pon dekat, senang aku nak pi ambik. Takde charge postage. Hihihi. 

Apa perkembangan Aqif setakat ini?

Yang aku tahu la, dia kat rumah memang AGAK out of focus. READ: sebab adik dia ajak main jer. So aku terpaksa harapkan pembelajaran masa di sekolah. Daripada pemantauan aku mengikut kata teacher, Aqif lebih focus dan lebih cepat tangkap apa yang teacher ajar. Kalau kat school guna kaedah buku Bacalah Anakku untuk cepat membaca, setakat ni, masa post ini dipublish, Aqif dah buku 6. So Alhamdulillah. Buku tu ada 8 siri, so lagi 4 bulan nak akhir tahun 2017, harap2 before tahun depan Aqif dah boleh membaca dengan lancar. Walaupon senornya budak2 baya dia lebih kepada menghafal. Hahahaha. 

Eh memangggg, memang macamtu lah apa yang pakar motivasi kanak-kanak bagitau. Kejadian yang paling kanak2 ingat adalah kejadian semasa mereka kekecik... umur 4 5 6 sampai 12 tahun. So masa tu sebenarnya masa yang paling sesuai untuk kita mendidik anak2 kita menjurus kepada bidang apa. Eh ko paham ke tak apa yang aku cuba terangkan ni? Ayat berbelit2 hahaha.

Yang nak anak jadi tahfiz tu, cecepatla dedahkan anak dalam suasana tahfiz seawal umur 3 tahun hehe. Insyallah. Cer interview makpak anak dia tahfiz. Ko tanya masa kecik makpak buat apa? Hari2 pasang bacaan AlQuran kat rumah. Ye. Betul










Monday, August 14, 2017

APC Sports Day 2017


This year merasalah attend anak punya hari sukan sekolah. Kalau dulu bernanah mata tengok orang upload gambar anak masuk sukan hahaha. So this year we made it. Makpak yang tak sabar senornya. Hari2 tanya Aqif ada training tak... kehkeh. Sebabnya kat rumah dengar Aqif borak dengan adik dia pasal lari2... bawak bola la apa la... nyanyi lagu negaraku. Eh eh of course la aku teruja. This is my first time ya know so how la i tak excited.

Venue kat Wangsa Maju. Bergabung dengan beberapa APC yang lain. Teacher awal2 dan pesan student naik bas parents pegi sendiri. Semua berjalan dengan lancar... well cacat cela sket kita tutup mata jelah. Sebab kau kan berhadapan dengan karenah budak2... dan makpak budak. Cuma aku sentuh sini sket la....

Bila dah ramai2.... nampak pulak muka makpak sendiri terkinja kinja bagi sokongan, jangan expect anak2 tu perangai sama macam time raptai. Ramai gak anak2 yang mengaruk... maybe panas sebab bersesak. Maybe dengan laparnya lagi... estimate time start pukul 9... tapi pukul 9 still beratur untuk dengar ucapan. Dengan sound system bising. So sikit tak banyak mengganggu tumpuan anak2.

Aku okay jelah sebab point kau kat sini nak happy2 tengok anak bersukan. Tak menang pon takpa la sebab semua orang pon balik dapat medal. Sistem pengurusan jelah sikit out. Tak semua ok. Matiks lah kan nanti ada orang kecam. Kau siapa nak buat ulasan. LOL sangat perangai.

Rasanya tak perlu teacher pon excited sekali push anak2 menang. Diaorang pon jadi takut... kang bola jatuh nanti kena marah pasni. Ada je budak taknak join... duduk kat kaki teacher sampai tokleh buat apa. Sebab confuse kot pesal ramai2... pesal semua bersorak. I cannot. Haha.



Eleh. Dah selesai dah pon. Harap next time dapat diperbaiki. Buat kat tempat ekon ke hahaha. Or sediakan SEDIKIT makanan dan minuman so anak2 sambil bersukan, kalau ada yang lapar, boleh menyambil isi perut. Bukan anak2 je, parents pon sekali. Sediakan satu tong besar air, papercup, okay dah. Roti2 ke, hahahaha eh amboii ni nak picnic ke nak bersukan. READ: Opinion jur jgn marah :)

Sedih jugak... bayar tau untuk sports day ni tapi memang tak dapat doorgift ke cane. Nanti aku survey sports day BB or RK or kindy lain... diaorang dapat ke tak. Kahkahkah. Ni senornya ko yang nak bersukan ke atau budak2 ni? Beriya pulak nak doorgift bagai. Lempang nak? =DD




Kawan Aqif, Adam dengan Zafira dah balik dulu so medal dapat kat school nanti. Gigih jugak ah kami tunggu sampai habis. Dapat je medal terus cabut. Panaih berlengas kat situ woih. Tapi yang peliknya Dareez sedap je tido kahkahkah sebab tu engkorang tak nampak kelibat dia disini.

Tahniah Aqif and friends. Banyak jugak acara budak hensem ni tapau. Eh malas pulak aku nak upload video. Next time try lagi yek. Tak dapat jadi team juara pon takpa... yang penting have fun and tahu cemana cara kerja berkumpulan.









Wednesday, August 09, 2017

Raya RTM 2017

Aku lupa pulak nak tepek sini. Teringat masa kemas2 folder kat dalam phone. Eh ada rupanya jamuan raya ofis. Hahaha. Chorr dah masuk bulan Zulkaedah dah wey... dah nak raya haji. Takpe, takpe. Aku ceritalah jugak. Kang nanti ada yang komen eh unit korang takde buat makan2 ke. Eh eh asyik nak makan2 jerrrr mana tak gebunya badan masing2. Termasuk la yang sedang menaip ni. =D

Firstly, tahun ni unit aku takde jamuan raya official. Sebab apa toksah tanya... ramai noo membuyung. Disamping gaji pon lambat lagi... duit dah banyak habis raya haritu. Bajet takde. Kahkahkah. OKKK TIPU. Senornya dah plan kita buat jamuan raya besar besaran dua tahun sekali. Kerana kitaorang power semua makanan masak sendiri. (Read: Potluck kecuali satay) Tak daya la weyyyy setahun sekali masak2 untuk jamuan ofis yang kemungkinan besar ramai pengunjung LOL.

Ramai gak yang tanya tapi kami amalkan jawapan dasar tutup pintu dan alasan mak buyung tu lah. Hihi. So tahun ni kami pi makan2 kat jamuan orang.  

Seee, bukti ada mak buyung dalam unit aku. Eh tapi dah selamat bersalin baby boy nama Yusuf. Tahun ni memang korang pakat2 letak nama Yusuf ek? Aku amik aura ah jugak since ramai tanya bila nak menambah. Kalau menambah tu semudah calit2 terus ngandung, esok gak aku ngandung, esok gak terus beranak. Haha. Si Darezz since ada dua ketul baby kat rumah mak dia, pon nak jadi baby gak. Emm lantok ko la dik, janji bahagia. Aqif pon teruja gak nampak baby kat rumah tu. Eh nanti laaaa. Ummi ko nak kurus kedengking dulu baru pikir baby. Hahaha. Daddy dia pon sama gak mengenyam. Tanya2 anak nak adik tak. Hekelehhh, baik tanya aku terus. 



Yelah, tahun ni semua pegi raya jamuan orang. Paling best jamuan raya dari orkestra rtm. Mahunya tak best, kambing macam tak pernah habis... nasi berlambak sampai panggil2 orang makan. Ikutkan hati boleh tapau, aku tapau. Kahkahkah. Laksa joho dia ya auloh sedap gils. Tapi memikirkan diet diet diet jadi aku cover jugak walauponn (Read: Mata kat atas).

Memang paling best la sebab backdrop dia takde orang. So mari le bergambar macam kau tu tuan rumah. 

And last but not least,


Kau ada tak?
:DD








Monday, August 07, 2017

Resepi butter chicken sedap ikut tekak

Jarang aku nak masak makanan pelik cenggini. Disebabkan aku nampak satu posting kat fb so tekak adalah sangat memanggil2 nak makan... maka terjadilah jugak kejadian ia.

Bahan bahan
ayam isi
serbuk kari
tepung gandum
telur
garam/gula

Bahan Tumis
bawang putih
bawnag holland
daun kari
cili padi
fresh milk
cheese
black pepper

Aku rasa korang baca resepi pon dah tahu cemana nak buat kan. Maka tak payah la aku nak terangkan disini. Kalau tak reti gak, pi tengok belog kakak aziekitchen. Situ aku mencari resepi thorbaek disamping belog mat gebu. Cuma disini aku tambah jugak ah bebawang semua. Rasa macam derhaka pada makanan pulak kalau tak letak. Ke cane? Padahal masak lemak cili padi rilek je kau tak letak bawang. LOL




Silap aku kat sini tepung gandum kurang... so ayam tak rangup. Takpe takpe.... yang penting effort tu ada kahkah. Makanan cenggini sesuai dimakan sewaktu panas2. Kalau ikut tekak suami i memang tak ah. Bukan selera dia uolls. Tapi takkan lah disebabkan tekak dia membuatkan aku tak try resepi yg bukan2. Eh aku pon nak gak tekak versatile.








Thursday, August 03, 2017

Raya 2017

This year kami team raya Melaka. Amalan sistem giliran telah dipraktikkan sejak kami bernikah lagi muahahaha. Sepakat membawa berkat kekdahnya. Kebetulan, this year seminggu selepas raya adik aku nikah. So nak tak nak, kena spent banyak masa kat side aku. Kasi can lah.

Tahun ni kaler baju raya sekali harung dengan kaler tema time mengantar adik aku nikah nanti. Actually tahun ni memang tahun yang aku paling nanti2 kan, yelah... kata beraya side engko kan. Haruslah menu makanan dipagi raya mewah melimpah kahkahkah. Sapa orang melaka tahu la, dengan rendang ayam pencen, itu la ini la... sambal fucuk ikan bilis udang geragau santan la ehhh rasa nak makan semua tu banyak2. Cuma nenek aku tak masak ketupat daun... dah takde sapa nak menolong. Aku pon balik last puasa... sampai pon dah petang. Dengar kabor ketupat daun direbus di shah alam. Ermm tak heran LOL
 
Ini adalah panorama biasa kalau dah mak bapak bergambar berdua. Anak2 busy kat atas rumah bergumpal dan mengutip duit raya. Rindu nak balik kampung nenek selalu. Tapi apakan daya, kekangan masa. Sedangkan sebulan ada 4 minggu, mak bapak, keluarga mertua hatta keluarga sendiri pon berebut nak spent time together. Itu belum masuk lagi aktiviti diluar jangkaan. So yeah, enjoy your life. Hahaha apa aku merepek ni syaiton.



 
Mak dan nenek serta adik beradik mak dan jugak sepupu sepapat aku. Tahniah  kerana masih mempunyai nenek. Dapat la dengar dia mengomel sambil memberi kata kata nasihat tentang kehidupan. Seronok dengar ongtua berborak ni... macam2 hal kau boleh tahu. So hargailah mereka sementara hayat dikandung badan... kang esok dah takde, termimpi mimpi.

Ini baru separuh, ada lagi yang takde. Belum masuk sepupu2 mak. Pendek kata sekitar kampung ni penuh la haih sedara mara... cuma larat dengan tak larat je nak pegi beraya. Ikut kan hati aku layan je kalau diorg nak pegi. Dah kata jgn tinggalkan rumah nenek lama2 kang orang datang takde sapa kat rumah, baikkk kami menurut perintah. Hehe.




Tahun ni official mak aku menamatkan kerjayanya di sektor awam. Alhamdulillah berakhir dengan kesihatan yang baik... takde sakit2 dan yang paling penting takde hutang. Yeayy! Tahniah mak. Lepas ni boleh la menjalani hidup dengan tenang... takde terkejar masa untuk aktiviti kejiranan dan lain lain. Bapak aku pon terlepas tanggungjawab dia menghantar dan menjemput mak pegi n balik keje. Plan lepas ni pagi2 nak ajak mak pegi jogging pehtu pi sarapan pehtu pi jalan2. Hahaha. Oii ayah why so sawit :DD



This year merasa macam tahun lepas beraya ke batu pahat/muor. Kali ni buat kerja gila, sarapan terus disana kahkahkah. So sesudah subuh laju2 pecut kereta masing2. Nak sangat makan lontong, satay dan mee rebus di pagi hari. Ya Allah nikmat mana yang kau dustakan? Maka bersyukurlah.

Aku suka raya. Eh semua orang pun suka ye tak? Lepas ni jangan bising kalau weight naik mendadak. Aku dah fade up skang ni. Ko nak naik ke nak statik ke nak turun ke (read: turun is better) lantak situ. Penat aku menahan nafsu makan beberapa tahun kebelakangan ini heh. Redho jelah. Malas dah tahu tak. Aku suka makan. Aku suka nasik. Tapi aku taknak gebu. Huwaaa. Dunia ini kejam. I hetchu.

XD








Saturday, July 29, 2017

Orb Diffuser

Saja la kan gatal nak tambah diffuser. Senornya nak letak kat dalam bilik Aqif. Since dew drop tu memang aku letak kat hall. Malas nak cabut2 plug taruk sini sana. Orb ni really portable sebab pakai kabel usb. So pakai power bank pon boleh. 

Nak letak dalam kereta pon sesuai, kat workstation pon bolehh. Kapasiti tak besar macam dd. Sesuai untuk space yang kekecik. Sebab bilik Aqif pon tak besar so aku beli ni jelah. Seketul ni kena order dari US... harga ikut currency semasa. Hari tu aku beli dengan ofismate Safura dapat harga dalam bajet aku. Eh Safura ni blogger tau. Pemes ni kan pura kan. Hahaha. Dia taktau aku ada belog. Alah kalau dia tahu apa dia kisah pulak. Belog aku banyak membebel isu duniawi je. (Read: sekadar luahan pewasaan).

Beli orb takde dapat free minyak yek harap maklom. Ada orang kata membazil sebab mudah rosak. Alaaa takpe la wak, maybe kat tangan kita mana tahu kot umur dia sampai ke cucu cicit. Takpon rosak aku anto jelah repair kat laki sorang penerbit tu. Nampak tak, betapa ramainya orang2 yang berguna disekeliling aku. Semua pon memberi manfaat kat aku. Hehe. Betapa ya auloh tu maha kaya dan adil. Kita baik kat orang, orang baik dengan kita. Hahaha. Eh terpuji diri sendiri pulak.


Ni aku tak promote ye, aku bagitahu je. Nak beli produk YL boleh le beli kat Fura. Senang deal. Ape je dia takde, mostly ada. Minyak2 blend kejadah tu dia buat gak. Lagipon senang sebab ofis kitaorang sekangkang gajah dari hq YL. Pagi ni ko tanya, petang kang dia maybe order. Esok atau lusa dapat la barang. Kalau kau jauh, nanti dia pos. Aku ni bukan takde kawan2 yang jual YL. Ramai. Cumanya jauhh. Biasa kalau customer tanya produk, hari ni gak dia nak. Hahahaha. Dasar kan. 








Thursday, July 27, 2017

Hai

Wow catat rekod lama gila tak update blog. Jawapan standard, malas. Read: MALAS hahahaha. Bertabahlah woih, mata dah kertu, tak larat nak mengadap pc doplohpat jam. Dari hp sampai ke tab udah2 lah tu. Siap kena sound dengan member kata takde story baru ke nak up. Eh eh ada orang rindu kita ke? Kahkahkah toksah nak diva sangat eh.

So dah habis raya pon... aku nak cerita pasal puasa macam tak logik pulak. Btw selamat jugak lah adik aku bernikah dengan orang taman sebelah. Senang nanti nak balik raya tak hadap jem. Kau mana tahu betapa sengsaranya berhadapan dengan karenah pengguna lebuhraya di Malaysia ini. Aku yang duduk disebelah pemandu pon rasa sakit jiwa. Kalau boleh nak je aku tidur disepanjang perjalanan... tapi manakan mungkin. 

Nanti ah aku up story pasal raya, pasal adik aku bernikah, pasal jamuan raya dan lain lain. Nak clearkan storage hp senornya. Kalau tak memang aku tak bukak belog sendu ni kot. =)

Babai.











Tuesday, May 09, 2017

Unplanned short trip with #smtkksekolahtercinta

Actually kita ni kawan dengan ramai orang... geng sini baik, geng sana pon kamchenggg. Nak dijadikan cerita, plan asal nak short trip dengan geng susuk, last2 geng suami kau pulak yang menjadi. Hahahaha pon boleh laaa pasal diorang laki bini warga smtkk jua. Aku ni kata jumpa sebulan sekali dengan diaorang pon payah... Sha dah habis pantang nak masuk kerja dah ok... tak jugak jumpa. Yelah, kena paham, aku bz, dia bz yang lain ada komitmen masing2... sedar diri dah makin banyak tanggungjawab gitew. So nanti lah kita setup next plan.

Plan yang asal ye, yang asal memang takde fikir jauh sangat perginya adalah ke PD.... since ada kabel boleh book apartment tah mana tapi satu bilik, harga dalam RM100. Murah. Aah, kemudian ada yang memberi idea why not semua berkumpul dalam satu rumah, ada pool, blablabla.... maka conversation menjadi berhari2 bawak ke berminggu. So the end of the day, decide Melaka. Laju2 booking kat trivago... dapat hotel sebilik harga bawah RM200 tapi, besar tak padan dengan harga. Alhamdulillah. Tengah town tapi ada pool... walaupon saiz sendu tapi boleh lerrr. Tujuan utama pon nak jalan2. Actually kata family trip, tak cukup dengan 2hari 1malam. But we made it and tiba2 ada pulak bagi idea why not hujung tahun ke Penang. Sempat lagi ni nak mengumpul duit. Kahkahkah.


Malamnya makan kat ikan bakar umbai. Rasanya itu memang tempat makan wajib kot kalau datang melaka. Tapi bagi aku takleh lawan ikan bakar bellamy.... melaka style makan ikan bakar n asam pedas dengan nasi lemak but i cannot brain hahahaha. Kami cari nasi putih jugak especially suami i... Truly tekak melayu sangat. LOL

Lepas dinner, naik cruise. Menghayati keindahan malam di bandar Melaka sambil menyusuri sungai melaka cewahhh teghase tourist gitchew. Kemudian tak lepas peluang naik beca. Walaupon kan, sebelum2 ni pernah jugak naik... tapi takpelah, kita layan je.

Esoknya brunch di Roti Canai Kayu Arang yang viral tu... taste not bad... nasi lemak sedap... ada satay dan lontong. Aku rasa kedai dia breakfast heaven macam kat Shah Alam. Banyak pilihan dan sebab tu ramai orang.... nak duduk pon ke q. So dah alang2.. kita brunch teruih. Sebabnya lepas checkout plan nak jalan2 sekitar bandar.








Babe, ada tempat baru yg ala2 pirates of Caribbean... macam rumah hantu pun ye jugak... merasa lah anak melalak masuk kat dalam tu kahkahkah. Lawak gila la woih. Tapi best sebab ada sorang pirate menyamar untuk takutkan orang. Eleh tapi tak takut pon :D






Pon tak habis jalan jugak kat melaka ni. Ah engko asyik2 kekangan masa. Sabarlah eh, kita bercuti bawak anak memang cenggini. Always tak cukup masa. Hahaha. Tak dapek la 2hari 1malam kau nak explore seluruh tempat makan best di negeri melaka, itu mahu ambil masa seminggu kot. =D ermm dasar menternak lemak.












Idris Family ke Perak tapi kami lajak ke Peneng

Actually ada jemputan kenduri kahwin dari sepupu belah suami aku... bukan selalu ke perak maka alang2 amik annual leave dua tiga hari lajak ke Penang. Tapi family kitaorang jelah... yang lain selepas kenduri terus shoot balik kl. Eh lupa pulak ken, weekend tu adalah tarikh anniversary kami yang ke 6 so marilah bawak diri jalan2. For the first time aku jejak kaki ke penang senornya. 

Penang antara tempat yang memasuki senarai teratas list percutian nak sangat aku lawati selain JB. Sebab apa? Sebab dengar review banyak gila tempat makan best. Tu salah satu kenapa aku nak sangat pegi penang. Tapi dah kau pegi pun satu hari satu malam (read: SATU HARI SATU MALAM) maka takdenye lah beriya mencari tempat makan paling best. Sempat singgah Deen Nasi kandar dan itupon tapau bawak balik hotel. Kahkahkah bunyi macam kelakar tapi itulah hakikat. Nak mengejarkan keindahan hotel nan satu ittew. Maka aku tabah... sistur redha. Nasib baik suami nak ajak berjalan. Jadi kau kena bersyukur. Read: SYUKUR.











Kauorang maafkanlah aku. Kejap watermark tulisan putih, kejap tulisan hitam... kejap ada pulak grafik... kau dah kenapa. Nak kena lempang laju2 ke... hehehe actually dalam fasa nak memudahkan kerja aku yang pemalaih sangat update blog kerna nak taip watermark kat setiap gambar. Orang lembab pasal grafik memang cenggini padahal kau tu kerjanya kat rtm. Erm. Lantak sana. Senornya faktor usia jugak. Mata dah tak larat hadap skrin PC.

Kat Ipoh sempat singgah taman rekreasi tu apatah nama dia. Best sebab pegi selepas hujan... sejuk mata memandang sejuk lagi suhu badan aku kahkah. Putewi lilin memang cenggini perangai. Before balik terserempak dengan family Zakuan Adha dan Kak Ayu Raudah. Eeeuuuiii boleh pulak pak mertua aku laung "Hidup JDT" Hahahahahah kenapakah?? Dah terkemut2 si Zakuan. Well Takde batak angat nak ajak bergambar sebabnya diaorang cam rushing je nak naik boat.

Sempat jugak pekena roti telur goyang kat Medan Selera Dato Sagor. Dah kata viral so try tengok barang baik ke tak. Heh. Tapi tak semua benda viral tu best gila. Hakhakhak ni aku cerita berdasarkan pengalaman =D

Penang story, kami celebrate our 6th wedding anniversary dengan tapau nasi kandar deen maju terus makan di bilik hotel yang mabeles dan meletop. Kahkahkah. Ini kali pilih Lexis Penang. Suami aku dan Lexis mungkin takkan dapat dipisahkan. Mungkin the next next year korang akan nampak aku up cerita pasal lexis lagi. :DDD Seriuslah, try pegi sekali... belanjakan duit kesini, at least sekali seumur hidup. Either PD or Penang, Lexis adalah tidak mengecewakan pada aku. Kami pon pegi ikut bajet apa... sanggup booking kat Matta fair untuk dapatkan harga yang affordable.








Mungkin nak pegi lagi, bawak family aku pulak. Kot. Bilik besar uolls. Katil boleh tido ramai2 pada yang tak kisah tido lambak tu =) Facilities pon hebat... ada indoor playground untuk kids sementara parents pegi gym. Eh bestlah hahaha. And yes, nak pegi lagi. 

Bai.