life is beautiful

life is beautiful

Friday, January 27, 2017

Acap dah kawen weyyy

Tu dia antara member sekolah teknik yang baru nak berjinak jinak ke alam rumah tangga. Kahkahkah. Selamat pengantin baru weyyyy, dah bernikah ni jaga2lah diri sebagai suami orang... kena treat diri sebagai laki orang... kena sedor diri dan seumpamanya. Zaman jahiliah ittew kita simpan, kunci ketat2 tak gitew? 

Jauh perjalanan ke rumah dia... dah dapat jemputan kan, kalau tak pergi, hari tu memang takda plan apa. Dengar cerita ramai yang nak hadir, so kita datang jelah. Kurang2 pon dapat le reunion kecil kecilan. Rindu jugak sebenarnya dengan budak teknik ni. Yelah, sebab suami i pon sekolah teknik yang sama gak... sama batch tapi lain kelas. Eh i kan aliran teknik, dia vocay apa class. Hahahah tak kelakorrr.

Dulu aku ni budak paraok. Hahaha lama tak guna perkataan itu. Paraok tu means nakal dan poyo dan macam good2 dan seumpamanya. Semua nak up sajer. Dapat pulak geng satu kepala... so memang nak poyooo je kerja dia. Alaa wey zaman sekolah kan... semua nak poser. Kemonnn, macam korang tak pernah. Tapi separaok2 aku pun, akhlak dijaga, suci murni gitew. Tak pernah fly waktu malam sebab tak kuasa nak kombat redah hutan ehhh i cannot. Aku nakal macam tu la... suka usik2 orang... suka ayat2 orang padahal kau fikir kau sapa? kau fikir kau raja? kau fikir kau lawa??? :DDDD

So satu sekolah tu aku agak mengenali aspura dan aspuri kahkahkah. Sebab suka skodeng orang kahkahkah. Matiks lah kan kalau senior/junior/satu batch baca belog aku. Jadi Acap ni budak vocay kot tapi kenapa aku kenal. Wah gitew. Sebab kita suka sembang2. Dan paling penting sebenarnya kawan2 rapat aku ada budak vocay. Dan sebab tu lah aku boleh kenal dengan daddy. Kalau tak, tak kuasa jugak. Ehhh ingat aku stok jual muka ke? Sorry ya. 

Jap. Apa cerita panjang berderet2. Ni kalau karangan SPM sure pemeriksa bagi markah sikit. Mukadimah je berjela jela. Isi takdak. Puihh.

Ini adalah gambar yang palingggg semenggah. Kena snap cepat2 sementara anak belum menerpa. Kalau tak, hilang vogue mak2 engkorang. Yang lagi dua tu memang classmate si Acap. Aku je lah yang sesat budak teknik. Tu disebabkan aku kawin dengan abang vocay gak... kalau aku tak kawin dengan budak sekolah teknik yang sama... aku yakin aku tidak seakrab begini. Serius. Dan disebabkan itu juga, dapat le aku lepak lama2 kat wedding si Acap. Kalau tak, nak borak gossip dengan ecah, setahun sekali baru dapat agaknya. Itu pon kena planning. Gini lah nasib dah berkeluarga dan anak masih kecil. Betty tu datang dari batu pahat okayyy... kalau aku tahu dia datang, aku order beriani mat shah siap2 kahkahkah melampau tau.

Hakikat gambar disebalik tabir. Takpa, kitaorang memang redhooo kuasa doploh lapan. Kemon... sementara anak nak membesar kan. Esok anak dah besor siaplah.... bersusun jadual kesana kemari bercuti bersama rakan2 perempuan. Heeee. Ye ke tu... silap haribulan semua pon berangkut. Dengan suami2 sekali rasanya. Ehh takkan lah bercuti tak bawak suami. Rugi uolls.

So ni jelah yang datang memeriahkan perkahwinan kamu wahai Acap bola. Majoriti classmate dia... aku ni je sesat. Actually Acap budak bola tu pasal la femes sampai aku kenal. Dulu antara menjadi igauan lah jugak kat aspuri tu ehh tapi bukan taste aku kahkahkah. Itu adalah stendedddd, budak bola, budak rugby, budak hoki hatta budak olahraga akan menjadi kegemaran sang aspuri. Yeee, tak tipu. Pemimpin pelajar lak kalau boleh nak cari calon pon sama pemimpin pelajar. Kang bila duty boleh la sama2. Kahkahkah. Kemudian bila pi kursus boleh la naik bas teknik tu duduk sebelah2 :DDDD alolololo itu ada stended. 

Suami i tetap dihati walauponnnn dulu selekeh tokleh belah. Rasa kau layak eh nak kawan dengan aku... punya lah bongkak jahil bangga diri. Macam lawa, macam pandai dan macam bagus. Padahal result spm pon sama je kekdahnya. Masuk poly gak... kerja gomen je pon. Kihkihkih. Zaman sekolah kau famous tak kemana. Pleaseee. Ahkak dah lalui zaman tersebut. Peace.

So Acap n wife, jaga hubungan itu hingga ke jannah. Apa2 masalah kena bawak berbincang. Adatlah gaduh2 manja... sedangkan lidah lagi tergigit. Rasa2 nyampah nengok muka isteri, bawak lah istighfar... kenang balik masa susah senang uolls. Aku nasihat untuk aku gak. Sama2 kita muhasabah diri okayyy.

Cepat2 la dapat baby, kawan2 ko ni dah bersusun anak... siap planning nak menambah lagi hahahaha. Kbaiiii.




Happy schooling, son.

Since last year aku memang dah recce kindy thorbaek untuk anak bujang aku tu. Bukan lah parent yang demanding ke apa... kalau boleh yang memuaskan hati kami. Aku bukan cerewet sangat mahupun nak yang classy... tapi for the first time untuk Aqif menimba ilmu, kalau boleh biarlah yang sesuai dengan tumbesaran dia... sesuai jugak dengan bajet kami suami isteri. Wah gitu.

Aku kat area sini memang nampak LC tu thorbaiklah... tapi apakah daya, sesi pembelajaran hanya ada pagi or petang. Samada ko hantar anak ko kelas sesi pagi atau kelas sesi petang. Mungkinlah sewa rumah kedai... nak ambik budak2 ramai2 pon ada kiraan dia... ko kang kena ambush dengan jabatan tak ke naiya. So itu jalan terbaik mereka. That mean LC sini takde daycare la... just class sahaja. So terus reject. Lepas reject tu menggagau cari tadika lain. Hahahahah memang lawak sebab aku dengan daddy spend one day cari tadika untuk dia. Berpusing kami cari satu, satu. Masa tu dok salahkan admin aku napelah proses pertukaran aku lambat. Biasalahkan... bila ada masalah timbul mulalah cari satu point untuk salahkan kenapa masalah tu terjadi. Hahaha itu biasaaaa, aku biasaa kena. :DDD

So recce tadika lain pulak... sama tadika dengan anak ofismate. Dah siap attend open day... siap berkenalan dengan pengetua dia... siap pengetua dia yang brief kami. Dah bayar gak deposit RM100. Dannnn apakan daya kindy tu diarahkan berpindah dan kena cari rumah landed... disebabkan penambahan kids. Tu aku cakap, jabatan kebajikan masyarakat ke apa yang uruskan mengenai tadika ni ada kiraan dia okay. Berapa persegi rumah per berapa orang budak... macam tu ah cite dia. So cancel lagi. 

Borak punya borak dengan ofismate, dia suh pi tengok ada kindy baru tak baru sangat ah kat area rumah aku tu. Aah, before ni tak nampak pon banner... ye, memang owner tak pasang banner sebab kindy baru lagi. Since awal tahun 2016 kot. Actually staff rtm memang ada beberapa orang hantar anak kat situ. Biasalah kan, benda2 macam ni kena hebahan dari mulut ke mulut. Hahahaha kalau tak memang tak tahu la ooo ada eh tadika kat situ. Dalam kepala otak nampak LC dengan Smart Reader je. Real Kids ada tapi jauh sikit eh tapi fees dia humang aihhh tak terdaya aku sebagai rakyat marhaen. Half day je dah berapa.... kalau full day? pitamsss. 

Tak payah ah aku mention tadika apa... kauorang tengok lambang baju pon agak2 boleh google je kan. Kahkahkah. Ini bukan second choice tapi aku rasa inilah pilihan terbaik buat Aqif. Ummi ko tak berapa nak mahir sangat mengaji... nak harapkan daddy awak... merasa weekend jelah. Jadinya, ini yang termampu ummi daddy sediakan untuk Aqif. Semoga Aqif dapat menimba ilmu pengetahuan dengan jayanya ya. Tak yah struggle sangat... biasa2 je. Have fun sudah. Baru 5yo kan. Banyak masa lagi nak menimba ilmu tu hahahaha. Ummi ko dulu tak merasa alam tadika... tahu2 je kena masuk darjah 1 terus. Memang terkejut beruk katakoo. So kami nak awak enjoy.... jangan stress2.

Eh tapi 1st and 2nd day Aqif ada mengadu, dia malu dan takda kawan. Nak tergelak pon ada, sedih apatah lagi. Tapi aku ambil positif.... yelah, kawan2 dia kat situ ada yang dari 4yo kat sana so dah ada klik sendiri. Yang Aqif masih terkial2 nak faham situasi. Kat rumah mana ada schedule belajar/makan/mandi/tidur... tiba masuk school, haaa hamek ko. Agak susah sikit nak menyesuaikan diri... ambil masa 2,3 hari gak ah. Mujur ofismate aku hantar anak kat situ gak... sama baya dengan Aqif... so satu class. Then balik aku tumpang dia, jadi adalah Aqif tu kawan. Bila borak, ada la Aqif tu sebut nama Adam Hariz. So buat masa ni aku kenal Adam Hariz jelah... hahahaha.

Salah satu kenapa aku rasa Aqif sesuai disini, ruang yang luas walaupun bukan landed house. Oklah kan... kata sewa rumah kedai. Ko nak luas macam mana lagi. At least ada partition untuk makan, tidur, class... dah ok bagi aku. Takde la semua nak sumbat dalam satu ruang. Aku pon lemas. Budak ni kan aktif, nak berlari kesana sini.

Yuran bulanan?

Eleh, sikit lebih kurang je dari LC dan seangkatan dengannya. Lebih pon ada la 10, 20 hengget. Hiks. Tak mampu noks nak ke Beacon, BB semua tu. Plus, kalau boleh biarlah pendedahan awal ni more tu islamic. Eh Aqif dah boleh hafal surah An-nas, ok lettew. Baru berapa hari school kan. Good job Aqif.


Good luck, sayang. Belajar jangan malas. Aqif malu sebab dia tak pandai lagi menulis. Ehhh takpa... sebab tu kena pergi school. Tak tahu nanti teacher ajarlah. Balik rumah pon nanti ummi ajarkan.











Long weekend. Happy CNY korang.

This week balik seremban. Since awal muraham hari tu tak balik. Rindu sangat dah ni dengan makpak. Bukan apa.... nama je sekentut dua dah boleh sampai... tapi kau tahu la... tuntutan keje daddy yang sabtu pon keja... maka takkanlah aku nak ingkar ye tak. Lagipun awal tahun adalah sangat busy bee... every week pon ada benda nak kena buat. So asyik drag...drag dan drag... balik jelah time raya cina. Senang. Tapi nak menanggung rindu kat makpak tu Allah saja yang tahu. Daddy tak kisahla, dia asal ada job kat SA memang singgah rumah sana. Habis tu aku? Ermm.

Dah nikah ni memang aktiviti suami isteri kena bahagi2 okayyy. Sabtu memang tokleh kacau sebab daddy akan keje. So kami ni a whole day akan duduk rumah, tapi ikut gak lah... kalau dia kata free makan jomlah plan something. Mostly akan buat perkara yang tertangguh tangguh. Hahahaha. Gitulah nasib. Tapi ahad jangan kacau ekk. Time for family. Ko ada keje ke, keje tak habis ke... do it on monday. Kahkahkah.

Petang ni yeh makan busat. Jalan pon tadi aku nengok clear. Cuti sekolah pon dah start dari khamis. Eloklah tu... esok harapan jalan tak jammed. Actually CNY plan nak bawak family belah aku bercuti... apakan daya semua tempat penuh. Fade up aku nak mencari lagi. Sedangkan PD pon hotel fully booking. Ah apakah kejadahnya ini dan takkan la nak bawak makpak aku PD jerrrr. Ko agaklah kan... macam takde tempat lain. Itu kalau aku booking namanya dah terdesak sangat lah tu. Kalauu dapat Grand Lexis ke kannn. Kalau hotel biasa tu alahaiii.... family in laws boleh pulak bawak jauh2. Haaa gitu konsep. So kena adil dan saksama. Family sana dapat itu, family sini pon kalau boleh kena dapat hak yang sama gak. Kan zaman social media ni. Ada jelah yang nyampai nyampai kanggg. Sini makan sedap... yang sana makan restoran biasa jurrr. Amboi mulut. Lepuk kang. Hahahahaha so far setakat ini belum ada lagi anasir2 jahat mengelilingi kami. Doalah dijauhkan. Now zaman fitnah ajer. 

Apa ni cerita takdak gambar. Ko nak taruk gambar apa? Banyak je kat hp ni sampai naik full memory. 

Hari tu celebrate birthday i kat aroma hijrah shah alam. Bukanlah peminat nasi arab tapi boleh la makan. Tq husband belanja kitaorang. Semoga murah rezeki awak. Alaa kita gebu sikit2 je... kahkahkah nak sedapkan hati. Lantak lah diet ke apa... aku dah tak kisah. Makan je macam biasa. Seronok pulak nengok daddy makan dengan seleranya jadi aku pon join sepinggan. Kemudian feeling makan banyak2 pon tetap kurus. Hahahahahaha lantok kau situ. Nak raya nanti la sambung jaga makan. Serius dah malas. Ni pon memang dah rasa berat je badan since stop zumba. Tu pon bila la nak start balik.... semua pon macam busy sangat kekdahnya. Padahal komitmen tak semudah dulu. Ada yang bertukar syift... ada yang dah join class lain. So masing2 pon macam malas. Jadi nak harap aku zumba seorang diri kat rumah memang bercinta lah jawabnye. Asal on kang tiba2 ada je yang mengacau. Erm sangat kan. Tu semua tak bagi ummi kau maintain kurus lah tu.


Nah belanja sekeping lagi gambar loving couple dari kami (mata kat atas LOL) antara bokitta kesayangan. Preloved pon preloved lah janji aku suka corak dia walaupon ko nampak kusam jerrr. Bajet2 muka bersih suci dan murni lah bila sarung ia kahkahkah. Perasan lagi tu.  Aku tak paham la daddy ni dia makin membesar ke atau aku makin mengecil ke cane? Cuba terangkan sikit. Kadang2 bengang je sebab dia ada banyak bahan nak memperkotak katikkan daku. Orang orang kecil ni suwit apa... kahkahkahkah perasan lagi. 

Oklah cerita tah hapa hapa. Membebel je lebih. Tak zabar nak balik seremban okayyyy. Padahal hari ni syift malam. Bertabahlah nak tunggu sampai 1130pm. Baju apa semua tak packing lagi... dengan harapan esok performance power... boleh bangun pagi dan buat macam2. Heeee.










Tuesday, January 17, 2017

3rd weeks in 2017

Hi! Assalamualaikum. Kahkahkah gilaaaa lama tak menaip. Serius banyak sangat nak bercerita tapi entah. Kahkahkah. Malas gila nak hadap pc ofis since dah menang tab samsung khennn :DDD malas gila nak scroll gambar satu satu, nak buat watermark bagai. Yaaaa. Malazz. Sekian. 

Ni tengah takda buat apa... time lunch... ofismate dah selamat main badminton... aku dok search hotel untuk holiday this CNY tapi malangnya penuh memanjanggg... aku search lagi dan lagi sampai naik pitam mata tengok screen pc. So whats up? Sihat memasing? bajet ada pengunjung lettew.

Kejap je kan dah minggu ketiga di bulan January 2017. Umur pon dah 31 tahun... tapi still nampak muda gitchew hewhewhew. So this year officially Aqif masuk kindy yang fulltime dari pagi sampai petang. Tak koser nak berambik bagai... nak keluar waktu lunch then transit ke rumah mak dia. Maafkan saya... ummi ko penat. Jadi duduk situ sampai petang. Bukan LC bukan Smart Reader... Kemas dan Pasti apatah lagi (sebab takde pakej sampai petang... kalau tak, aku taruk situ jugak). Survey kinder lain, booking kinder lain hahahaha. Siap dah pegi open day ok tapi apakan daya takdak rezeki Aqif bersekolah disitu. Jadi APC pilihan dihati. Semoga anakku Aqif dapat menimba ilmu sebanyak mungkin... manfaatkan ilmu itu sebaik mungkin. Disinilah titik permulaan perjalanan kamu dalam menuntut ilmu. Wahhh feeling ostajah.

Tu nantilah aku cerita pasal kindy si Aqif ye. Katmana ke apa, nantilah the next entry. Hahahaha tu kalau ingat. Kalau tak, nanti nanti jugak akan aku cerita. Ehhh mestilah teruja anak pertama i masuk school.

Malam tadi korek telinga pakai putik kapas baby (maklomlah telinga kecik :D) kemudian dan dan anak masuk bilik tanpa bagi salam, ummi ko terkejut lalu terrrrrkorek sampai dalam. Wuwuwuwu sakitnya tu diaaaa sampai sekarang kedua dua belah telinga aku still bunyi berdengung. Try korek lagi sekali, ada darah sikit kat putik kapas. Takut dah ni. Suami balik lantas bagitau terus kena marah sebab careless. Amboi double sakit aku jadinya. Yang kena telinga belah kiri, tapi telinga belah kanan pon terasa dengungan dia jugak. Adoi. Helppp. Tadi pagi tarukkan jugak la minyak gamat sket. Tunggu lah 2,3 hari... kalau tak baik jugak, mahu aku pi pakar telinga.

Ohh ye, pasal tab samsung yang aku mention kat atas tadi. Haaa, masuk contest gst... download application kat hp pastu mana2 resit yang ko belibelah tu, upload. Sangat mudah. Buat pon suka suka. Kemudian, ehhh bila umum cabutan bertuah, nampak nama aku naik. Tahniah kat diri sendiri. Kiranya hadiah untuk hari lahir yang ke-31 lettew. Memang dalam wishlist nak beli ipad... dapat tab pon kira okay sangat. Jimat duit, semua orang pon boleh guna. Tapi dah habis dah peraduan ittew. Hehehe.

Tahun 2017 kemungkinan akan jadi tahun yang banyak berjalan. Berjalan apa.... berjalan menggunakan kaki kahkahkah. Mohon kurus sket lepas ni. Pagi, petang, siang, malam pergi keja jalan kaki. Tu kalau masih disini lagi. Heeee. Rutin kerja pagi dah berubah. Daddy terus shoot hantar Aqif school, aku pegi kerja sendiri. Kalau tak, masing2 punch card lebih pukul 8am. Sebab tu amik masa 3 minggu nak update belog kahkahkah. Sementara nak sesuaikan diri dengan keadaan baru. Hectic year lah katanya.

Tujelah kot buat masa ni. Takdan aku nak bukak folder gambar pulak. Nanti2lah ye aku tengok gambar apa yang terbaru.

Bai.