life is beautiful

life is beautiful

Thursday, February 02, 2017

Farewell ofismate

Takdelah farewell sangat kot sebabnya encik itu dipinjamkan ke satu unit... sementara construction kat rtm nak start... so bila dah selesai projek juta2 tersebut... encik itu akan balik ke tempat kami semula. Khabarnyaaa. So yeah, satu kali farewell diadakan disamping menyambut tahun 2017 kahkahkah. Event makan makan rasanya tiap bulan pon ada ;p hehe

Plan asal sambil makan sambil meeting... ko tahu lah suasana kat dalam restoran cemana... dari meeting tak dengar sepatah haram jadi baiklah makann saja. Kahkahkah. Boss pon boleh tahan idea kelaut... sudahnya meeting postpone pada satu tarikh yang akan ditetapkan. So hari tu just rest dan relaks. Ofis pon tutup sekejap... sebarang urusan after 3pm. Heee. Alaa restoran biasa je uolls... kang amik yang mahal2 nanti ada yang bunyik oi pehal mahal nau nau. Minyak naik tahu takk.





Yang gambar kat atas ni semua geng syift. Lagi dua sesat geng normal. Sampai awal so mari ler swafoto berjemaah. Gigih ye tak bawak monopod tripod bagai... bukan senang nak ada event kat luar sebegini. Asyik makan makan kat dalam ofis jerr. Sesekali amik air fresh sikit. Barulah tenang otak. Hahaha. Kebetulan ada staff tnb gak buat reservation, so sebelum mereka sampai haruslah buat macam kawasan sendiri.
Yang ni lah orang dirai. Otai dah uolls. Banyak pengalaman kerja. Ko tanya je apa berita panas kat rtm ni sure dia tahu, dari dulu sampai sekarang. So kalau nak gossip jangan malu2 panggil dia. Kahkahkah. Lepas ni tak nampak dah muka kat ofis ibc.... nanti jaga pekerja projek juta2. So kalau ada incoming projek jangan lupa halo2 ya. :DDDD



Ye memang plan semua pakai color blue. So inilah kami warga pps aka warga post production... tapi tak cukup korum. Dulu belajar buat visual editing sampai nangis2 sebab tak paham sepatah haram... la ni tak buat dah... kami jaga bilik editing, pantau kerja editor dan seumpamanya. Maklomlah semua base engineering. Mana2 bahan sebelum siar kat tv (selected, exclude drama etc) kami dah nengok dulu... kahkahkah even announcement raya and puasa pon kami dah tahu... so dont play play haaaa :DDD Eh tapi bukan orang produksi ya... takde nye nak shooting outstation semua. Duduk ofis diam diam jaga server jaga bilik ingest bahan visual. Gitew.

Rasa rasa kalau dapat tukar, ada ke staff cenggini? Mungkin, tapi tak sama. *cry*









No comments: