life is beautiful

life is beautiful

Friday, February 24, 2017

Idris Clan's Family Day Trip 2017 - Kampungstay Desa Murni

Ni kiranya every year punya aktiviti wajib (tak jatuh hukum haram kalau takde hehe) bagi idris family. Tapi tahun ni kita dah book awal2 masa bulan 12 hari tu. Itu pon penuh gak. Kan aku cakap, orang malaysia kaya raya. Semua tempat percutian kena booking at least setahun sebelum. Paling worst masa cuti sekolah. Kalau book lambat maka kau raikan cuti sekolah kat rumah sendiri jelah. Kasihan kat budak2. Eleh, dulu masa kecik2 takde pulak makpak aku heboh nak ajak bercuti. Paling jauh mandi laut kat port dickson. Budak2 sekarang jurr. Termasuk lah makpak budak. Kahkahkah.

Ada duit lebih sikit ni kan.... apa salahnya menggembirakan hati kaum keluarga sendiri.

So ke temerloh lah kita makan ikan patin masak tempoyak. Hiks.

Aku tak sure lah rate semalam berapa kat homestay ni kerana kami booking siap dengan pakej makan dan sukaneka. Boleh check kat website... sebab ada banyak pakej. Yang aku paling ingat, kami bayar berdasarkan perhead. Gitu. Cuma ada beberapa perubahan yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak. Macam pakej karaoke tak ambil tapi kami minta digantikan dengan kek hari jadi. Tujuan utama family day ni pun adalah untuk meraikan birthday kaum keluarga. Nak mampus kau berkaraoke depan mak mertua i yang penuh islamic ittew :DDD mahu kami dendang lagu2 marhaban je kanggg. Haha.

Yang pasti homestay dia awesome gilaaa. Dapat stay kat Rumah I yang luas nak mamp... siap boleh main badminton dalam rumah. Hahaha. Teruja sangat anak anak i okay.




Ada disediakan basikal untuk pusing2 kampung... dalam rumah complete set of dapur... so nak masak takde hal... kitchen luas, dining pon luas, ada table tennis, carrom, astro njoy, peti ais dan jugak washing machine siap. Maka kalau stay sini memang tak payah risau... bawak je kelengkapan diri. Pool tak dalam... kiranya saing2 tinngi aku sedang elok hahahaha. So boleh nak feeling2 main bola tampar kat dalam pool. Budak2 suka... then kau pulak tak perlu risau budak tenggelam ke apa. Dengar cerita dari staff kat sini, mostly yang selalu menginap kat sini adalah agensi2 dari gomen, private company yang buat team building... program2 sekolah... sebabnya, kampungstay ni ada disediakan dewan dan pelbagai lagi kemudahan yang lengkap untuk seminar or majlis kecik2. Kira hebatlah kan. Bukan senang nak maintain business homestay cenggini. Aku kalau cari homestay, paling utama sekali kena ada pool. Haaa tu paling utama. Ibarat makan nasi takdak sambal belacan rasa tak lengkap (walaupon bukan penggemar sambal belacan).














Sukaneka is include so layan jelah. Ada staff yang conduct so ikut je sukaneka apa yang dia nak suruh kita buat. Dan paling penting ada hadiah hahahaha. Gila tak teruja... of course lah kena menang kan kan kan. Dandan pulak satu team dengan suami sendiri.... kahkahkah tapi malangnya tak menang. Ciss sangat. Aqif paling kelakar... biasalah dia mana pernah attend benda2 gini so agak kekok. Ada kat ig story aku upload... lawak sangat tengok dia bawak bola pingpong dalam sudu. Apa ke he buat bulatan kat kerusi pihak lawan.. :DDD confirm kalah.

 Cari Aqif kat mana -__-
Bro yang conduct acara sukaneka
Lastly mestilah ada gambar sekeluarga kan kan kan. Ni first gambar in 2017. Maafkan kami kerana memang tak semenggah... yang sorang pandang sana, yang sorang feeling cun yang sorang perasan hensem hahahahahaha lantak situ.

Semoga program macam ni diteruskan lagi dari tahun ke tahun. Seronok sebab masa ni lah ko boleh kenal karakter family member ko cemana. Selalu jumpa tak sampai 24jam. Tak semua balik serentak di rumah in law. Jadi time ni dapat berkumpul adik badik... alang-alang buat meeting family. Usulkan permasalahan berbangkit dan macam-macam lagilah. Disamping tu boleh le release tension walaupon yang sebenarnya anak anak yang lebih happy kahkahkah. Happy apa happy dapat berendam. Aku asal dapat jalan jauh sikit sudahlah. Dapat luaskan pandangan itu dah cukup. Yang paling win sekali dapat makan ikan patin masak tempoyak. Ya Allah sedap gils... siap tapau lagi bawak balik kemudian menyesal makan nasi berpinggan-pinggan... yang sebenarnya nasi tak bersalah. T__T












No comments: