life is beautiful

life is beautiful

Monday, February 20, 2017

Its all about hormone

Pernah tak suatu masa kau rasa tiba2 nak cari gaduh dengan orang tanpa sebab? Padahal orang tu takda kacau kau... takda buat hal dengan kau. Kemudian bila dah gaduh rasa puas hati. Kemudian rasa menyesal sebab bertindak tah hapa hapa punya perangai. Mostly dengan suami sendiri la kahkahkah.

Salahkan hormon. Please, salah kan ia.

Aku rasa semua perempuan pon alami. Kadang stress nak hadap. Kang tiba2 rasa nak marah... tiba2 rasa tak best. Tiba2 rasa craving nak makan itu ini. Ishh. Aku memang tak suka la. Nak2 perempuan yang dah ada anak. Mood always swing kelaut... kalau kau makan pil hormone lagi la.

Aku memang agak memahami badan sendiri :DDD 

Sometimes, bukan selalu. Tu bila nak dekat2 period... ko tengah badan tak sedap ke... tengah penat kemudian masing2 buat perangai... eh tapi i tak pregnant lagi ye. lulz

Aku tak suka sebenarnya. Letih layan perasaan. Kang tiba2 sajaa ko nak nangis apahal. Ishhh i cannot la. I malas nak layan benda2 gini. Kembalikan lah hormone aku yang dulu. Aku agak perasan, semenjak bersalinkan Dareez, mood aku banyak swing tapi still boleh cover. Takdelah dengan semua orang kau nak berkelahi. Maafkan lah saya. Anak pon boleh jadi mangsa gak. Dan sebab tu aku seringkali muhasabah diri. Ecehh. Im not mother of an angel yang 24jam baik gila dengan anak... sometimes aku boleh jadi singa. Tapi cepat2 istighfar. Cepat2 ingat balik apa yang ko baca tentang ilmu parenting. Iye. Kita penat pon boleh bergaduh dengan anak. Anak buat sepah pon aku boleh mengamuk (dulu) padahal memang tu la kerja mereka ye tak? So now amalkan cakap baik2. Tak rugi. Sebab anak tu automatik akan dengar cakap ko. Moral of the story, nak suruh orang buat sesuatu, cakap baik2, mintak baik2.

Salah satu punca maybe sebab implant. Ganggu hormone tapi dalam kita tidak sedar. Tapi takkan efek dia baru sekarang. Aku dah pakai almost 2 tahun lebih. Mungkin dulu tak berapa nak perasan. Ingatkan marah2 sebab badan penat. Padahal benda tu lah yang penyumbang. Hmmm. Memang kena berfikiran positif je selalu. Asal nak mengamuk je kena fikir rasional... berbaloikah aku mengamuk pada benda yang sebegitu? Kena fikir pro n con. Gitu laaa.


No comments: