life is beautiful

life is beautiful

Friday, March 31, 2017

Adik kita nak bernikah tauuu

Tak sangka akhirnya sampai jugak rezeki adik aku nak bernikah. Tak sedar dia ni dah besar... dulu gaduh sokmo... bukan takat gaduh mulut ye... aku pernah gaduh bertumbuk dengan dia. Memang menyakitkan hati hahaha. Sebab aku dengan dia beza umur banyak juga. Mak aku bersalinkan dia masa aku umur 4 tahun. Memang tak ngam ah dah tu pulak engko lelaki. Aku ni dah biasa bertiga je dengan mak ayah... jeles tu tetap ada. Hahahaha. Tapi tu dulu laaaa. Sekarang boleh dikatakan kalau nak buat keputusan, tak dia rujuk kat makpak aku, dia rujuk ke aku dulu. Oklah kan... sampai bila pulak ko tak rapat dengan adik badik engko.

Eh rindu pulak kat adik2 aku.

Aku akui.... aku tak banyak masa tengok adik2 aku berkembang. Banyak masa kat luar. Aku masuk teknik duduk asrama... sambung ke poly duduk hostel, buat LI duduk rumah sewa... kemudian dapat kerja pun duduk rumah sewa pulak. Kiranya rumah mak aku dulu sebagai persinggahan untuk beberapa bulan je. Tu pasal aku selalu ketinggalan tentang adik badik aku. Tapi, tak semestinya aku seorang kakak yang tak bertanggungjawab dan tak ambil berat. Cuma chemistry tak berapa nak ada. Dulu laaaa. Now sejak berumahtangga, dapat suami yang mempunyai family besor, aku belajar tentang sesuatu. Family is everything. Even ko sakit hati dengan family member ko pon, the end ko balik ke mereka jugak. Asal sorang takde mesti rasa tak best. Gitu la.

So calon adik ipar aku orangnya dekat jurrr... sebelah taman. Sonang gituh. Dan jangan expect majlis kami grand2 ye. Kami buat biasa2 ikut kemampuan. Kami dulukan sebelah perempuan... sebab bakal adik ipar aku ni takde mak. Bapak pulak ko tahu la.... takde expect bapak tu macam perangai mak2 kan. So kita ni paham. Asalkan lepas diorang ni dinikahkan sudah. Berbulu jugak mata makpak aku asyik bawak jalan je kerjanya. Hahaha. 

Doakan lah yang terbaik untuk majlis nanti. Sebabnya jarang family aku buat majlis besar-besaran selepas wedding aku. Aku ni pulak macam agak nervous nak menerima adik ipar. Cemana la pulak nak melayan orang yang baru nak masuk dalam family kami. Kekok katakoo. Maklomlah, adik badik aku semua lelaki... takde experience akak ni haa nak entertain adik perempuan. Kot adik perempuan kocik laie yolah sonang den nak handle.:DDD









No comments: