life is beautiful

life is beautiful

Sunday, March 05, 2017

Akhirnya dapat juga....

Iye. Setelah sekian lama.... sejak dareez dalam perut sampai ke hari ni... memang dia punya mengidam tu... alahaiiii nak jugak yang kfc punya. Padahal kedai lain ada je buat. Terima kasih kfc kerna keluarkan kembali twister yang lazat digemari oleh aku walaupon resepi dia dah tak sama macam toasted twister yang dulu... pastu makin mengecil pulak aku nengok. Ermm. 

Jadilah kan buat pengubat mengidam aku ni. Ada dua flavor tapi haruslah aku pilih yang cheezy. Awumm makan dengan penuh kenikmatan tanpa memandang kiri dan kanan. Dengan harapan selepas ini airlior dareez dah takde menjejes-jejes lagi. Eh memang lama takde dah. Hahahaha.

Punya lama aku tahan mengidam aku ini... dekat 3 tahun ok. Sobs. Ni kalau aku haruk kat official page fb kfc, mahu dia berdozen dozen kasi aku free kan. LOL. Yelah... mahu tak bagi free, lama mengidam satu hal... siap pakej anak aku keluar dandan airlior tak henti meleleh sebab ummi dia tak dapat apa yang dihajati. Hihihi.


Ya Allah Ya Allah dah la tengah lapar ni... boleh pulak aku tepek gambar ini. Kejap lagi nak cari kfc ke apa? -__-








No comments: