life is beautiful

life is beautiful

Friday, March 31, 2017

Emosi memakan diri. Betulkah?

Last month aku ada attend satu kursus mengenai how to handle our emotion. Boleh tahan je course tersebut... sebab dapat lecturer yang tak best hahaha. Eh lecturer pon memainkan peranan okay untuk buat course tu jadi menarik. Bukan sekadar ko bagi talk saja... kena ada sense of humor gitchew... baru la dapat tackle hati audience. Amboi sangat perangai khen.

Sebenarnya aku lupa apa yang aku nak bagitau hahahaha sebab kursusnya sebulan yang lepas. Yang pastinya lecturer ada buat task, aku ni takdelah dikategorikan sebagai pesakit mental. Kira waras lagi lah.

Waras dari segi camane?

Dari segi kebolehfikiran secara logik. Eh ada ye peserta kursus ni yang markah dia nak ke arah mental problem. -__- tak tahu lah pasaipa. Aku pon pelik gak sebenarnya... luaran nampak ok... cantik manis... belum amsuk 40an... tapi bila dengar cerita rupanya lain dari yang lain. Tak seperti yang ko sangka. Patutlah masa mula2 daftar, apahal pulak kakak ni dok tanya macam2... soalan yang ko tanya pehtu ko jawab sendiri. Soalan yang merepek. Ko nak jawab pon macam adoi kak, tu pon takkan nak tanya. Kisahnya, ada sedikit meroyan... masa dalam pantang kot terjadinya problem akak ini. Aku pon dengar2 cerita orang. Diceraikan suami.

Seram pulek mendengarnya. Tulah.... tengok pada orang lain... tengok kat aku sendiri... bersyukur sangat2... dalam pantang ada support dari family... suami dan jugak kawan2. At least masa aku bersalin anak pertama... aku buat jugak research. Ambil tahu do's and dont's. Mujur makpak aku kuat jugak pantangnya. Alhamdulillah sangat. Suami... walaupon dia macam yeye oo je isteri aku.... tapi dalam pada tu aku, makpak aku... memainkan peranan guide apa yang perlu dia lakukan. Kalau suami aku tak tahu (lelaki kannnn) aku jugak la yang kena ingatkan dia. Kenapa perlunya pantang sampai 100days... walaupon dalam islam takde benda2 tu... apa kebaikannya... apa keburukannya. Apa yang ko boleh buat or tak boleh buat waktu dalam pantang... aku cuba ikut walaupon tak sepenuhnya. Tak mampoo. Hahaha.

Ye.

The end, lepas habis pantang kau akan rasa kesannya. Kalau kau rajin membaca... insyallah. Mostly semua yang ko baca tu ada betulnya. Kalau tak ikut 100%, at least buat. Kang nanti anak tak sampai setahun, sibuk cakap sakit pinggang... tumit sakit... kepala asyik pening. Mendapat ah kesan dia.

Aku ni lepas bersalin anak kedua... pinggang kalau tak jaga, datang je sengalnya. Rambut paling worst... tak hilang2 kesan kelemumur. Banyak syampu guna, kejap elok, kejap datang balik. Tension okeh.

Orang kata dalam pantang kena jaga betul2. Ingat tak kes mak yang kelar baby. Nak salahkan mak pon payah gak... sometimes orang sekeliling memainkan peranan. Maybe dia penat... nak uruskan yang baby, ada lagi anak-anak lain yang perlu diuruskan. Tu pasal suami pon sangat memainkan peranan. Mana yang berpantang sendiri... tolong2 la. Ada je kawan2 aku berpantang sendiri... sebab mak dah tua... tak larat jaga... makpak jauh... anak2 sekolah.... bersalin bukan time cuti sekolah... takde sapa nak jaga and handle... maka pandai2 lah. So, aku rasa before bersalin dah boleh prepare apa yang patut. Dah boleh plan nak buat apa. Dah boleh terangkan kat suami cemana nak handle. Amboi senang je cakap kan. Tak kena kat batang hidung sendiri.

Yelah.

Kita ni cakap lebih kang ada je menyampuk, belum kena kat engko... boleh la cakap. Cakap senang je modal airliur. Baiklah. Bagi aku... benda2 macamtu boleh settle asal kau permudahkan. Suami, ko discuss baik2. Biasalah kan kadang2 orang lelaki ni datang ego tak bertempat mula lah. But, apa dari pemerhatian aku, kawan2 lelaki aku... disekeliling aku insyallah bukan begitu. Sangat behave. Tahu tanggungjawab masing2.

Aku dah nampak kat akak ni... jadi aku rasa sedih sangat. Rasa nak menolong... tapi apakan daya, bukan satu unit... tak kenal pon... datang kursus sekali baru kenal. Kesian okeh. Ada yang malas nak layan dia. Dia tak mintak jadi macam tu. T_____T

Since mengandungkan si Dareez aku start follow kak ice kat fb. Dia ni bidan nona roguy. Banyak ah hasil penulisan dia yang aku setuju. Sama je macam apa yang mak aku pesan. Puitis kata kata akak ni. Jangan pandang enteng sangat hal dalam badan orang perempuan. Muda lagi... tak kena lagi... boleh la selamba. Tunggu la dah masuk 40an... hehehe time tu badan lemau dah. Aku ni pon kadang2 rasa lemau. Tak kata kat orang... tengok badan sendiri.

Ginila. Ko ikut je badan sendiri. Rasa elok je ape benda ko buat, ko teruskan. Cerita bab berpantang boleh buat bermasam muka okeh. Lain orang lain caranya. Ikut je yang sesuai dengan diri sendiri. Sekarang kan dah moden. Mata kat atas. Ermm.



ni aku cari kat google.










No comments: