life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 28, 2017

Long time no see

Rindu jugak nak menaip sebenarnya... tapi kemalasan memakan diri hahaha. Jadi, aku layan je kemalasan ini sampai bila tak tau. Iye, since kerja syift dah ada perubahan, maka lagi malas aku nak duduk kat pc. Nak sort gambar satu hal, buat watermark lagi. Ermm... malas, malas. Jangan ikut perangai aku. Bersawang belog. Tapi takpalah, takde pengikut setia... jadi ikut suka aku lah nak update ke idok. Tapi sedih jugak, sebab dekat belog ni lah aku abadikan tiap kenangan, tiap perasaan aku... online diary lah katakan. Eh apa banyak tapi daaa. 

Aku ada cerita ke tak, ke ada? Lupa, lupa. Syift petang dah masuk awal, jadi balik pon kena awal. Best jugak. At least sampai rumah suami dan anak2 tak tido lagi. Sempat le nengok muka suami engko. Dulu, kalau syift petang, seminggu balik malam, dapat tengok muka suami tido jelah. Nak kejut, kesian. Esok pagi, aku bangun, dia pulak yang siap2 nak pergi kerja. Pernah terasa tiada kemesraan. Over sangat perangai. Eh aku manja tau. Kalau boleh tengok tv bersama tu nak meleset leset hahahaha. Bila fikir balik, aku yang macam ni pon dah rasa macamtu.... cuba ko muhasabah diri sikit... tengok life para suami isteri yang kerja double triple syift macam nurse. Yang kerja kilang. Yang kerja bukan 8 to 5... weekdays. Jadi, ko kena bersyukur.

Dah lama nikah bukan jaminan untuk engko cakap, ye saya bahagia... saya rasa selamat dengan perhubungan ini. Ehh yang dah lama bernikoh lah yang patut rasa tak secure hahahaha. Ko jangan ingat langit selalu indah ye. Ada je rintangan dan dugaan menanti. Maka kena kuat dan sabar dalam menghadapi dugaan ittew. Banyak2 le muhasabah diri. Banyak2 tawakal dan redha. Selalu2 lah dengar ceramah ustaz. Now suka pulak hati aku dengar koleksi tazkirah dari Ustaz Syamsul Debat. Mana yang baik kita jadikan panduan kekdahnya.

Kemudian, salah satu sebab aku malas sangat nak update adalah disebabkan ramai pulak yang ngintai bila aku menaip. Ecececeh. Perlukan privacy okayyy. Nak buat camane, pc kat workstation kena kongsi.... workstation pon kocik yo haa. Boleh berlaga buntut kahkahkah. Kang tengah sodap mengarang ayat, ada je stalker.... nokharam sungguh tau. Itu yang asyik tergendala jurr post gue... last2 masuk draft... pastu lupa... pastu berkurun la dok kat dalam tu. Ada paham.

Eh nanti kita cerita lagi yek. Nak makan ni laporrr.









No comments: