life is beautiful

life is beautiful

Monday, March 13, 2017

The Zaumar

Lama pulak tak story pasal Zaumar ni. Sejak Aqif dah school maka kat rumah tu tinggal adik dengan aku jelah. Bosan jugaklah si Dareez sebab takde kawan. Kawan dengan ummi memang ke dapur je. Kahkahkah. Asal aku masak time tu dia sibuk nak tolong sama... eh bukan itu saja, kemana pon kat dalam rumah memang dia akan ikut aku. Melainkan kalau kau bukak tv cerita kartun yang dia suka. Soo boring kan dik.

Well Dareez dah makin banyak akal. Dah nampak kebijaksanaan dia sesuai dengan umur yang nak masuk 3 tahun next month. Ehhhh kejap je yek kau besor nak. Tahu2 dah boleh ajak lawan borak... bila call, boleh la sembang walaupon tak berapa nak paham dia tu cakap apa sebenarnya -___- aku je yang paham. Biasa tu sebagai emak, memang ko secara otomatik akan paham apa yang anak ko cakap... walaupon dia pelat dan tak reti bercakap, sebenarnya. The power of mother... eheee.

Boleh tahan bergaduh dengan abang. Asal marah dia peduli apa, campak barang pastu kena abang pastu abang ofcourse lah menangis. Hahahaha. Paling tak boleh belah sebab boleh buat muka tak bersalah. Kuat merajuk tapi pandai meraih simpati... suka gomol2... manja2 macam perangai ummi dia (i manjesss okay sebenarnya). Perasan dia tu baby besar, sebab kat rumah pengasuh now ada baby Sara. So dia berkawan dengan baby Sara. Dan dia nak jadi baby jugek. Amboii sangat perangai. Lex lu dik, apak ko bz kerja siang malam jadi kang kalo ummi ada baby makin selalu merajuk lak ummi ko takde perhatian kahkahkah. Lulz.

Aqif?

Ya Allah, budak ni kan behave sangat since dah masuk school. Seriously. Nampak ah perbezaan dia sebelum dan selepas. Aku bangga. Sebab dia jadi abang. Always protect adik. Always sayang adik... yelah orang kata kecik lagi memang ah nampak sayang adik. Tapi kalau dari kecik ko tak didik and amalkan, bila masa pulak dia nak tunjukkan kasih sayang dia kat adik, betoi tak?

Boleh lah nak harap... takat ko suruh dia kemas toys selepas guna, sapsapsoi. Siap marah adik sebab buat sepah. Kahkahkah. Ummi ko pantang eh, lepas main kena kemas, kalau nak main , main toys yang perlu saja. Bukan garang, bukan tak sporting, bukan tak bagi anak2 buat sepah... tapi ko paham dak konsep dia... tu salah satu didik aku nak ajar anak2 aku berdisiplin. Peraturan aku, nak main, nak sepah, silakan. Bila aku cakap times up, kemaskan toys so kena kemas. Its happen bila nak masuk tido. Bukan tugas aku nak kemaskan mainan diorang sebelum masuk tido... so kena train. Sebelum tido malam, kemas dulu. Aku tak tahu lah korang train anak cemana kan. Tiap parents ada cara tersendiri. Ehehehe.

Eh apa ni... kata nak cerita pasal Zaumar.

Dah besor sikit ni agak senang sikit kerja aku. Hihihi. Dulu bercinta jugek nak ajak pi kedai makan. Masing2 ada perangai tersendiri. Dapat tang adik, mahu aku tak makan kat kedai... dok jaga dia. Tengah nak membesar, harus explore semua tempat. Last2 jadi mak kau hijau. Hahaha. Adik ni pantang lepa sikit, tak tau la dia ni takda perasaan takut langsung. Pergi kenduri kendara, berapa kali hilang ko tak tahu. Tak terkejut pulak makpak kau... boleh pegi tengok pokok bunga orang... boleh masuk rumah kenduri suka hati... main nyorok2 kat bawah meja. Huru hara perangai. Tapi tetap kesayangan kami.

Yelah, tiap anak kan lain2 perangai. Yang senang jaga, yang huru hara, yang cengeng. Kita ni je kena kuat mental dan fizikal. Dulu nak sangat anak kan. Haaa ni amanah Allah dah bagi, harap jaga sungguh-sungguh. Kena selalu tarbiah diri sendiri dan pasangan. Kena selalu ingat kan diri. Cewah.













No comments: