life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 07, 2017

Timah dah kawin... errr tahun lepas.

Kahkahkah nampak nau superbusy tahap saia... aku baru perasan semasa mengclearkan memory dalam handphone.... rupa-rupanya kisah timah telah bernikoh tak masuk dalam belog sendu. What a lifeeee.. memang penyakit lupa memakan diri.

So dia siap dah berhoneymadu.... siap dah berpergian umrah. Hehehe. Maaf lah ye timah, aku tak sengaja. Aku rasa macam dah taruk kat blog... rupanya belum hahahaha. Aku ni bukan apa. Nak mengharapkan memori otak aku memang payah lah, jadi baik aku abdikan kisah seharian, sebulan, setahun dan seumpamanya didalam belog hidup segan mati cannot ini siap siap. Kurang2 bila aku dapat penyakit memory lost, at least ada la sumber yang boleh dibuat rujukan. Walauponnn, belog aku bukan nama aku yang sebenar. Kahhh.

Timah ni classmate masa zaman polipd. Seorang yang humble... dan cerdik. Iyye, dia ni kuat tido tapi otak bergeliga. Every sem dapat dekan. Ehh jeles pulak kita. Hahaha. Aku sangat bernasib baik tauuu sebab dikelilingi oleh insan yang pandai2... brain power dan bijak dan boleh harap. Ehehe. So secara tak langsung aura mereka melekat padaku walauponnn. Kahhh lagi sekali. :D

Back to the topic.

Antara kami, kalau nak diikutkan dalam kelas, dia kira penutup ah budak perempuan yang kawin. Siap member kami dah kawin 2 kali, dia ni tak gak kawin2... akhirnya, jodoh bukan jauh pon, satu tempat kerja gak. Alhamdulillah. Sonang nak arrange jadual kerja. Khabarnya suami dia dah siap2 beli rumah tau. Ewahh bahgianya rasa kahkahkah. *tangan kat bahu*

Tahniah timah, semoga ciri ciri lelaki idaman yang kau cari tu jatuh kat laki hang. Takpayah cover2 perangai masuk air tu yek. Semoga bahgia hingga ke akhir hayat... till jannah bak kata bebudak wicet. Kami semua doakan yang baik baik untuk engko. Lama nau nunggu ko nikah.... kami siap dah menambah nambah anak gitu.

Kerlas baju pengantin... bukan senang nak tengok timah lawa cenggini. Selalu masa kat poli, biasa2 je. Dah kerja lain pulak lah kan melawanya. Ni dah kawin, amboiii makin melawa lawa hahaha. Ehhh dulu kami budak2 engineering takde sapa nak pandang melainkan sesama course tak pon course engineering yang lain. Ater, makeup tak gheti... baju pon asyik berbaju bengkel dengan sport shoes. Tudung bawal power. Aku ni seb baiklah dah ada yang punya sejak dibangku sekolah. Kalau tak, payah jugak nak test market. Hahahahahahahaha lawak apakah ini???




Mesti kauorang pelik kan... mana suami dan anak anak i. Hehe... well itu perkara biasa kalau bergaul dengan rakan rakan i yang dia kurang kenal. Suami i lebih gemar melayan anak sambil memberi kebenaran bini dia berborak sakan dengan rakan sebaya. Hihihi. Normally suami sistur memahami... dia tahu kalau aku dah jumpa dengan budak2 ni dia harus akur dengan tugasan menjaga anak. Payah kot nak jumpa masing2 duduk jauh jauh.

Suami isteri kenalah bertolak ansur. Kalau dia jumpa geng dia, kita okay je jaga anak, bila kena turn kita pulak janganlah sibuk cakap cepatlah cepatlah. Hahahaha nak balik cepat2 nak pegi manaaa? LOL










No comments: