life is beautiful

life is beautiful

Friday, April 21, 2017

Eat clean. Sangat LOL

Yeke tu kahkahkah... padahal makan je macam2 makanan berminyak berlemak dan seangkatan dengannya -___-  Weyyy rasa macam sejak dua menjak ni gebu sikit badan aku tauu... bila pakai baju raya last year, rasa sendat mendat... rasa nak bukak balik kemudian nak pakai baju kelawar kahkahkah tak kelakorr. Yelah kan dah baju raya pon poyo nak design cutting ikut pinggang, tak sedor pinggang tu adakah ramping bak kerengga... lulz sangat.

Membazir baju... ikutkan hati sangat nak melawa... tak sedor badan tu mudah menggebu kemudian sukar nak turun... arghhh nak nangis ni tahu dak. Dah tak pasal nak kena jaga makan... workout malas cane kehkehkeh.

Moral of the story, next time takpayah mengada tempah baju yang ikut cutting body... buat je baju kurung... baju kurung pahang... sudah. Ni pakai kurung moden pon rasa tak konfiden. Sebab nak sorok bunc tak tahu celah mana. LOL

Aku kan start awal tahun hari tu memang breakafst makan oat saje. Tapi takdelah hari2... aku tahu jugak arti rindu pada nasi lemak sambal paru... roti canai tsunami pak ali... karipap inti sedap... lontong dan segala yang berlemak..:DD Ehhh kata dah berpuluh tahun jadi rakyat malaysia. Mana boleh tinggal sesuka hati makanan cenggitu. At least, aku ada kesedaran gak kan makan oat yang dari dulu memang tak pernah umur nak menjamahnya.

Ni menu selalu... kalau rindu sambal, aku tabur je sambal ikan bilis pedas kentang yang selalu orang jual tu. Apa kehe makan oat sama sambal ikan bilis? Ehhhh suka hati aku laaaa. Tapi kalau dah takde bende nak tabur, cukup sekadar kismis. Kalau awal bulan boleh la makan sama fresh milk. Sebab awal bulan je suami aku rajin topup stock fresh milk hahaha. Kalau datang gila, aku gantikan nasi dengan oat kemudian makan dengan lauk pauk. Kahkahkah mana resepi kau belajar tak tahu lahhh. Aku ikut suka, jadi kauorang pon ikut suka kauorang lahhhh. Nak kata aku makin selim idok lerrr. Ini sebab pagi2 malas nak buat sarapan untuk diri sendiri. Kang nanti aku masak nasik goreng, Aqif nak bawak bekal, suami nak makan dulu kat rumah, aku punya bahagian sure dah habis. Dahulukan lah orang2 yang kat rumah ittew, aku cari sarapan sendiri kekdahnya.

So jalan selamat kau bancuh la oat sama air panas tabur kismis. Kehkehkeh. Jimat dan mudah dan senang. Tak payah kelam kelibut tunggu akak kat opis jual nasi lemak tu datang. Minum pulak dengan green tea. Kahkahkahkah tapi takkk jugak kurusnyaaa. Tekanan jugak senornya.

Ini menu rajin gila. Siap add on eo lemon dari young living. Sebab kehabisan buah melon. Ini namanya salad buah buahan ikut suka tekak aku. 

Haa yang ni rare. Takde eat clean dah. Koserrrr. Adik ipor bagi kepala ikan salmon beli kat sabak bernam ke mana tah. First time masak. Siap google lagi resepi apa yang sesuai untuk masak kepala ikan salmon ni. Buntu jugak weh. Jadi aku masakkan asam pedas. Ehhh habis licin dikerjakan oleh suami. Hahahah.


Lama dah tak jenguk blog. Rindu tapi malas. Tak kuasa dah nak bukak pc... sakit mata. Pakai spek ni kan, asal tengok skrin pc je berpinor. Eh tapi kalo tengok skrin hp dan jugak tab segar pulak. Ke cane ni? Tiba2 bukak belog terus nak update pasal makanan hahahah dasar penternak lemak gini la. Banyak nak cerita.... gambar pon takut ada yang dah delete... ni kes malas nak simpan dalam folder hp lama2. Tak suka okeh.

Korang sihat? Hahahah bajet ada pengikut LOL. Aku gini la... jadual harian masih sama. Eh okah kang nanti2 ada masa aku cerita eh.







No comments: