life is beautiful

life is beautiful

Thursday, April 06, 2017

Sekinchan

First time sampai sini.... boleh tahan jauh dari kl.... macam nak balik melaka dah aku rasa. Apa2 pon sepanjang perjalanan kami adalah terbaik... kerna kiri kanan nampak tempat makan best. Kahkahkah. Dasar menternak lemak lebih engko ini. Actually tujuan kesana adalah untuk menghadiri kenduri aqiqah kawan daddy. Sempat lah jugak sesat bagai.... ikutkan waze sangat... sudahnya rumah tak jumpa. Kahkahkah. Dah rumahnya takde mention nombor rumah... yang waze bawak tu dah betul... kami ni pulak dok terpusing2.... rupanya rumah dia duduk kat belakang kedai makan. Derrr patut le tak jumpa. Gigih tak gigih, gigih jugak ah cari. Itu yang tersesat sampai jumpa sawah padi.

Wahhh jakun sekejap engko. First time tengok sawah padi. Bestnya.... kiri kanan sawah ada tali air... Aqif dah suka hati sebab dia ingat yang kami akan berhenti kat situ. Ok tipu. Rumah kawan daddy bukan kat area sawah padi ye. Nampak rumah seketul ketul kat tengah sawah. Macam dalam gambar... macam yang selalu kita lukis masa zaman sekolah rendah dulu. Ya Allah sukanya. Nikmat mana lagi yang kau nak dustakan?

Aku ni memang suka scenery macamtu. Tepi laut... rumput hijau... rumah seketul yang vintage... eh sukalah! Tapi apakan daya, takde sedara mara duduk kat tempat cenggitu. Sempat snap satu picture. Yang lain aku record kat ig story. Tak berhenti pon untuk ambil gambar sebab time tu tengah panaih litlit. Bila nak balik pulak, cuaca tiba2 macam mendung nak hujan. Saja lettew tak bagi aku bergambar. Eh lagipon area sawah padi ni dah ikut jalan lain... rumah kawan daddy pulak nak ke arah laut. Eh lantak la. Tapi kan ada planning nak stay sana dua tiga hari ke.... nanti. Ada je tempat menarik kat situ untuk melawat. Yang penting banyak makanan best. Tak cuba pon nasi ambeng ibu... mee udang... ikan bakar. Adoiiiii craving sungguh aku dengan makanan. Sempat singgah cendol bakar. Tu pon tapau sebab nak makan ka kedai lain. Erm. Tak menikmati katakoo.








No comments: