life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, April 05, 2017

Turning 3

Now u're turning 3rd this year. Happy birthday, son. Semoga membesar dengan jaya. Semoga sentiasa menjadi penyeri buat keluarga. Jadi insan yang sentiasa memberi manfaat kepada insan yang lain. Sentiasa merendah diri dan tahu menjaga diri.

Takde ibubapa yang taknak tengok anak dia berjaya. Sama macam ummi daddy juga. Bagaimana harapan semua ibubapa kat dunia ini terhadap anaknya, begitu jugalah harapan kami pada awak. Tak lebih, tak kurang. Takde beza.

Ye.

Diam tak diam besar dah anak aku yang no2 ni. Esok-esok kalau murah rezeki, beradik lah dia. Seperti harapan daddy, kalau boleh, biarlah keluarga kita besar macam keluarga maklong. Amboi sangat permintaan. Dia tak tahu ke cuti bersalin aku setakat ni boleh keluar 1 1/2 anak je lagi. Itu kalau ambik maternity leave 3 bulan. Kalau amik 2 bulan dapat le 4 orang anak. Biasalah konsep gov.... takda maknalah dia nak bagi ko beranak banyak2. Tapi kalau nak jugak, or in case rezeki Allah bagi tanpa disangka... torpaksalah ambil cuti tanpa gaji. So kalau dah gitu ghope dia... kenalah menabung dari sekarang.

Dah besar dah dik, so bila nak bercerai susu botol? Bila nak stop pampers? Hahahaha. Maaf ya, ummi ko sedang difasa malas nau nau. Dulu time Aqif semua nak cepat.... sebab dia abang mungkin. La ni zaman adik, memang bercinta. Maafkan ummi nak. Tiba masanya nanti, bercerailah semuanya. Kahkahkah.



Happy 3rd Birthday, Dareez. We love u to the moon and back. Toksah manja sangat dah... pening kami semua nak melayan. Lebih2 lagi bab nak gentel bibir. Asyik kena siku jelah. HAHAHAHA.





No comments: