life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, May 09, 2017

Unplanned short trip with #smtkksekolahtercinta

Actually kita ni kawan dengan ramai orang... geng sini baik, geng sana pon kamchenggg. Nak dijadikan cerita, plan asal nak short trip dengan geng susuk, last2 geng suami kau pulak yang menjadi. Hahahaha pon boleh laaa pasal diorang laki bini warga smtkk jua. Aku ni kata jumpa sebulan sekali dengan diaorang pon payah... Sha dah habis pantang nak masuk kerja dah ok... tak jugak jumpa. Yelah, kena paham, aku bz, dia bz yang lain ada komitmen masing2... sedar diri dah makin banyak tanggungjawab gitew. So nanti lah kita setup next plan.

Plan yang asal ye, yang asal memang takde fikir jauh sangat perginya adalah ke PD.... since ada kabel boleh book apartment tah mana tapi satu bilik, harga dalam RM100. Murah. Aah, kemudian ada yang memberi idea why not semua berkumpul dalam satu rumah, ada pool, blablabla.... maka conversation menjadi berhari2 bawak ke berminggu. So the end of the day, decide Melaka. Laju2 booking kat trivago... dapat hotel sebilik harga bawah RM200 tapi, besar tak padan dengan harga. Alhamdulillah. Tengah town tapi ada pool... walaupon saiz sendu tapi boleh lerrr. Tujuan utama pon nak jalan2. Actually kata family trip, tak cukup dengan 2hari 1malam. But we made it and tiba2 ada pulak bagi idea why not hujung tahun ke Penang. Sempat lagi ni nak mengumpul duit. Kahkahkah.


Malamnya makan kat ikan bakar umbai. Rasanya itu memang tempat makan wajib kot kalau datang melaka. Tapi bagi aku takleh lawan ikan bakar bellamy.... melaka style makan ikan bakar n asam pedas dengan nasi lemak but i cannot brain hahahaha. Kami cari nasi putih jugak especially suami i... Truly tekak melayu sangat. LOL

Lepas dinner, naik cruise. Menghayati keindahan malam di bandar Melaka sambil menyusuri sungai melaka cewahhh teghase tourist gitchew. Kemudian tak lepas peluang naik beca. Walaupon kan, sebelum2 ni pernah jugak naik... tapi takpelah, kita layan je.

Esoknya brunch di Roti Canai Kayu Arang yang viral tu... taste not bad... nasi lemak sedap... ada satay dan lontong. Aku rasa kedai dia breakfast heaven macam kat Shah Alam. Banyak pilihan dan sebab tu ramai orang.... nak duduk pon ke q. So dah alang2.. kita brunch teruih. Sebabnya lepas checkout plan nak jalan2 sekitar bandar.








Babe, ada tempat baru yg ala2 pirates of Caribbean... macam rumah hantu pun ye jugak... merasa lah anak melalak masuk kat dalam tu kahkahkah. Lawak gila la woih. Tapi best sebab ada sorang pirate menyamar untuk takutkan orang. Eleh tapi tak takut pon :D






Pon tak habis jalan jugak kat melaka ni. Ah engko asyik2 kekangan masa. Sabarlah eh, kita bercuti bawak anak memang cenggini. Always tak cukup masa. Hahaha. Tak dapek la 2hari 1malam kau nak explore seluruh tempat makan best di negeri melaka, itu mahu ambil masa seminggu kot. =D ermm dasar menternak lemak.












Idris Family ke Perak tapi kami lajak ke Peneng

Actually ada jemputan kenduri kahwin dari sepupu belah suami aku... bukan selalu ke perak maka alang2 amik annual leave dua tiga hari lajak ke Penang. Tapi family kitaorang jelah... yang lain selepas kenduri terus shoot balik kl. Eh lupa pulak ken, weekend tu adalah tarikh anniversary kami yang ke 6 so marilah bawak diri jalan2. For the first time aku jejak kaki ke penang senornya. 

Penang antara tempat yang memasuki senarai teratas list percutian nak sangat aku lawati selain JB. Sebab apa? Sebab dengar review banyak gila tempat makan best. Tu salah satu kenapa aku nak sangat pegi penang. Tapi dah kau pegi pun satu hari satu malam (read: SATU HARI SATU MALAM) maka takdenye lah beriya mencari tempat makan paling best. Sempat singgah Deen Nasi kandar dan itupon tapau bawak balik hotel. Kahkahkah bunyi macam kelakar tapi itulah hakikat. Nak mengejarkan keindahan hotel nan satu ittew. Maka aku tabah... sistur redha. Nasib baik suami nak ajak berjalan. Jadi kau kena bersyukur. Read: SYUKUR.











Kauorang maafkanlah aku. Kejap watermark tulisan putih, kejap tulisan hitam... kejap ada pulak grafik... kau dah kenapa. Nak kena lempang laju2 ke... hehehe actually dalam fasa nak memudahkan kerja aku yang pemalaih sangat update blog kerna nak taip watermark kat setiap gambar. Orang lembab pasal grafik memang cenggini padahal kau tu kerjanya kat rtm. Erm. Lantak sana. Senornya faktor usia jugak. Mata dah tak larat hadap skrin PC.

Kat Ipoh sempat singgah taman rekreasi tu apatah nama dia. Best sebab pegi selepas hujan... sejuk mata memandang sejuk lagi suhu badan aku kahkah. Putewi lilin memang cenggini perangai. Before balik terserempak dengan family Zakuan Adha dan Kak Ayu Raudah. Eeeuuuiii boleh pulak pak mertua aku laung "Hidup JDT" Hahahahahah kenapakah?? Dah terkemut2 si Zakuan. Well Takde batak angat nak ajak bergambar sebabnya diaorang cam rushing je nak naik boat.

Sempat jugak pekena roti telur goyang kat Medan Selera Dato Sagor. Dah kata viral so try tengok barang baik ke tak. Heh. Tapi tak semua benda viral tu best gila. Hakhakhak ni aku cerita berdasarkan pengalaman =D

Penang story, kami celebrate our 6th wedding anniversary dengan tapau nasi kandar deen maju terus makan di bilik hotel yang mabeles dan meletop. Kahkahkah. Ini kali pilih Lexis Penang. Suami aku dan Lexis mungkin takkan dapat dipisahkan. Mungkin the next next year korang akan nampak aku up cerita pasal lexis lagi. :DDD Seriuslah, try pegi sekali... belanjakan duit kesini, at least sekali seumur hidup. Either PD or Penang, Lexis adalah tidak mengecewakan pada aku. Kami pon pegi ikut bajet apa... sanggup booking kat Matta fair untuk dapatkan harga yang affordable.








Mungkin nak pegi lagi, bawak family aku pulak. Kot. Bilik besar uolls. Katil boleh tido ramai2 pada yang tak kisah tido lambak tu =) Facilities pon hebat... ada indoor playground untuk kids sementara parents pegi gym. Eh bestlah hahaha. And yes, nak pegi lagi. 

Bai.






Monday, May 01, 2017

6th years and counting

Kau umpama SAHABAT SEJATI yang bisa BUAT AKU TERSENYUM. 
BILA KAU TAK DISAMPINGKU, aku ibarat PRIA KESEPIAN.
Kau adalah ANUGERAH TERINDAH YANG PERNAH KUMILIKI.
Cinta kita adalah SEBUAH KISAH KLASIK UNTUK MASA DEPAN.
Maka TEMANI AKU HINGGA HUJUNG WAKTU, SAAT AKU LANJUT USIA.
Walau SEBERAPA PANTAS masa berlalu, aku takkan pernah BERHENTI BERHARAP.
KARNA AKU SETIA, PERCAYAKAN PADAKU, 
PASTI KUBISA BERTAHAN DISANA.
LIHAT, DENGAR, RASAKAN.
Akulah PEMUJA RAHASIA mu

ITU AKU.

Happy 6th wedding anniversary!
2011 - 2017


Ayat sweet yang lain-lain kita cakap depan2 jelah hahaha. Alhamdulillah, pejam celik, after ups and down... sampai jugak tahun yang ke-6. Didoakan semoga panjang jodohnya... panjang umur kami... sihat tubuh badan kami... semoga aku dan suami dapat menjaga hubungan kami hingga ke akhir hayat... hingga ke syurga, Insyallah. Gaduh, bertekak, bermasam muka and kadang2 rasa nak tumbuk pon ada, itu perkara biasa. Hahahaha. Takdenye perkahwinan ko tu selalu cerah sepanjang hari. Kemonn, kita kan manusia, selalu tersasar, selalu terleka, ada perasaan. Semua orang pon tak sempurna. Maka marilah kita saling lengkap melengkapi, hormat menghormati. Mana yang terkurang, harap sama sama perbaiki.

Aku pon kena gak tengok diri sendiri... cukup baikkah aku untuk mengejar kesempurnaan?

So akhir kata, kalau kita treat orang baik, orang pon akan treat kita baik. Malah berganda ganda lebihnya. So aku  #teamtamakpahala LOL

I love U Suami.