life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, May 09, 2017

Idris Family ke Perak tapi kami lajak ke Peneng

Actually ada jemputan kenduri kahwin dari sepupu belah suami aku... bukan selalu ke perak maka alang2 amik annual leave dua tiga hari lajak ke Penang. Tapi family kitaorang jelah... yang lain selepas kenduri terus shoot balik kl. Eh lupa pulak ken, weekend tu adalah tarikh anniversary kami yang ke 6 so marilah bawak diri jalan2. For the first time aku jejak kaki ke penang senornya. 

Penang antara tempat yang memasuki senarai teratas list percutian nak sangat aku lawati selain JB. Sebab apa? Sebab dengar review banyak gila tempat makan best. Tu salah satu kenapa aku nak sangat pegi penang. Tapi dah kau pegi pun satu hari satu malam (read: SATU HARI SATU MALAM) maka takdenye lah beriya mencari tempat makan paling best. Sempat singgah Deen Nasi kandar dan itupon tapau bawak balik hotel. Kahkahkah bunyi macam kelakar tapi itulah hakikat. Nak mengejarkan keindahan hotel nan satu ittew. Maka aku tabah... sistur redha. Nasib baik suami nak ajak berjalan. Jadi kau kena bersyukur. Read: SYUKUR.











Kauorang maafkanlah aku. Kejap watermark tulisan putih, kejap tulisan hitam... kejap ada pulak grafik... kau dah kenapa. Nak kena lempang laju2 ke... hehehe actually dalam fasa nak memudahkan kerja aku yang pemalaih sangat update blog kerna nak taip watermark kat setiap gambar. Orang lembab pasal grafik memang cenggini padahal kau tu kerjanya kat rtm. Erm. Lantak sana. Senornya faktor usia jugak. Mata dah tak larat hadap skrin PC.

Kat Ipoh sempat singgah taman rekreasi tu apatah nama dia. Best sebab pegi selepas hujan... sejuk mata memandang sejuk lagi suhu badan aku kahkah. Putewi lilin memang cenggini perangai. Before balik terserempak dengan family Zakuan Adha dan Kak Ayu Raudah. Eeeuuuiii boleh pulak pak mertua aku laung "Hidup JDT" Hahahahahah kenapakah?? Dah terkemut2 si Zakuan. Well Takde batak angat nak ajak bergambar sebabnya diaorang cam rushing je nak naik boat.

Sempat jugak pekena roti telur goyang kat Medan Selera Dato Sagor. Dah kata viral so try tengok barang baik ke tak. Heh. Tapi tak semua benda viral tu best gila. Hakhakhak ni aku cerita berdasarkan pengalaman =D

Penang story, kami celebrate our 6th wedding anniversary dengan tapau nasi kandar deen maju terus makan di bilik hotel yang mabeles dan meletop. Kahkahkah. Ini kali pilih Lexis Penang. Suami aku dan Lexis mungkin takkan dapat dipisahkan. Mungkin the next next year korang akan nampak aku up cerita pasal lexis lagi. :DDD Seriuslah, try pegi sekali... belanjakan duit kesini, at least sekali seumur hidup. Either PD or Penang, Lexis adalah tidak mengecewakan pada aku. Kami pon pegi ikut bajet apa... sanggup booking kat Matta fair untuk dapatkan harga yang affordable.








Mungkin nak pegi lagi, bawak family aku pulak. Kot. Bilik besar uolls. Katil boleh tido ramai2 pada yang tak kisah tido lambak tu =) Facilities pon hebat... ada indoor playground untuk kids sementara parents pegi gym. Eh bestlah hahaha. And yes, nak pegi lagi. 

Bai.






No comments: