life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, May 09, 2017

Unplanned short trip with #smtkksekolahtercinta

Actually kita ni kawan dengan ramai orang... geng sini baik, geng sana pon kamchenggg. Nak dijadikan cerita, plan asal nak short trip dengan geng susuk, last2 geng suami kau pulak yang menjadi. Hahahaha pon boleh laaa pasal diorang laki bini warga smtkk jua. Aku ni kata jumpa sebulan sekali dengan diaorang pon payah... Sha dah habis pantang nak masuk kerja dah ok... tak jugak jumpa. Yelah, kena paham, aku bz, dia bz yang lain ada komitmen masing2... sedar diri dah makin banyak tanggungjawab gitew. So nanti lah kita setup next plan.

Plan yang asal ye, yang asal memang takde fikir jauh sangat perginya adalah ke PD.... since ada kabel boleh book apartment tah mana tapi satu bilik, harga dalam RM100. Murah. Aah, kemudian ada yang memberi idea why not semua berkumpul dalam satu rumah, ada pool, blablabla.... maka conversation menjadi berhari2 bawak ke berminggu. So the end of the day, decide Melaka. Laju2 booking kat trivago... dapat hotel sebilik harga bawah RM200 tapi, besar tak padan dengan harga. Alhamdulillah. Tengah town tapi ada pool... walaupon saiz sendu tapi boleh lerrr. Tujuan utama pon nak jalan2. Actually kata family trip, tak cukup dengan 2hari 1malam. But we made it and tiba2 ada pulak bagi idea why not hujung tahun ke Penang. Sempat lagi ni nak mengumpul duit. Kahkahkah.


Malamnya makan kat ikan bakar umbai. Rasanya itu memang tempat makan wajib kot kalau datang melaka. Tapi bagi aku takleh lawan ikan bakar bellamy.... melaka style makan ikan bakar n asam pedas dengan nasi lemak but i cannot brain hahahaha. Kami cari nasi putih jugak especially suami i... Truly tekak melayu sangat. LOL

Lepas dinner, naik cruise. Menghayati keindahan malam di bandar Melaka sambil menyusuri sungai melaka cewahhh teghase tourist gitchew. Kemudian tak lepas peluang naik beca. Walaupon kan, sebelum2 ni pernah jugak naik... tapi takpelah, kita layan je.

Esoknya brunch di Roti Canai Kayu Arang yang viral tu... taste not bad... nasi lemak sedap... ada satay dan lontong. Aku rasa kedai dia breakfast heaven macam kat Shah Alam. Banyak pilihan dan sebab tu ramai orang.... nak duduk pon ke q. So dah alang2.. kita brunch teruih. Sebabnya lepas checkout plan nak jalan2 sekitar bandar.








Babe, ada tempat baru yg ala2 pirates of Caribbean... macam rumah hantu pun ye jugak... merasa lah anak melalak masuk kat dalam tu kahkahkah. Lawak gila la woih. Tapi best sebab ada sorang pirate menyamar untuk takutkan orang. Eleh tapi tak takut pon :D






Pon tak habis jalan jugak kat melaka ni. Ah engko asyik2 kekangan masa. Sabarlah eh, kita bercuti bawak anak memang cenggini. Always tak cukup masa. Hahaha. Tak dapek la 2hari 1malam kau nak explore seluruh tempat makan best di negeri melaka, itu mahu ambil masa seminggu kot. =D ermm dasar menternak lemak.












No comments: