life is beautiful

life is beautiful

Saturday, July 29, 2017

Orb Diffuser

Saja la kan gatal nak tambah diffuser. Senornya nak letak kat dalam bilik Aqif. Since dew drop tu memang aku letak kat hall. Malas nak cabut2 plug taruk sini sana. Orb ni really portable sebab pakai kabel usb. So pakai power bank pon boleh. 

Nak letak dalam kereta pon sesuai, kat workstation pon bolehh. Kapasiti tak besar macam dd. Sesuai untuk space yang kekecik. Sebab bilik Aqif pon tak besar so aku beli ni jelah. Seketul ni kena order dari US... harga ikut currency semasa. Hari tu aku beli dengan ofismate Safura dapat harga dalam bajet aku. Eh Safura ni blogger tau. Pemes ni kan pura kan. Hahaha. Dia taktau aku ada belog. Alah kalau dia tahu apa dia kisah pulak. Belog aku banyak membebel isu duniawi je. (Read: sekadar luahan pewasaan).

Beli orb takde dapat free minyak yek harap maklom. Ada orang kata membazil sebab mudah rosak. Alaaa takpe la wak, maybe kat tangan kita mana tahu kot umur dia sampai ke cucu cicit. Takpon rosak aku anto jelah repair kat laki sorang penerbit tu. Nampak tak, betapa ramainya orang2 yang berguna disekeliling aku. Semua pon memberi manfaat kat aku. Hehe. Betapa ya auloh tu maha kaya dan adil. Kita baik kat orang, orang baik dengan kita. Hahaha. Eh terpuji diri sendiri pulak.


Ni aku tak promote ye, aku bagitahu je. Nak beli produk YL boleh le beli kat Fura. Senang deal. Ape je dia takde, mostly ada. Minyak2 blend kejadah tu dia buat gak. Lagipon senang sebab ofis kitaorang sekangkang gajah dari hq YL. Pagi ni ko tanya, petang kang dia maybe order. Esok atau lusa dapat la barang. Kalau kau jauh, nanti dia pos. Aku ni bukan takde kawan2 yang jual YL. Ramai. Cumanya jauhh. Biasa kalau customer tanya produk, hari ni gak dia nak. Hahahaha. Dasar kan. 








Thursday, July 27, 2017

Hai

Wow catat rekod lama gila tak update blog. Jawapan standard, malas. Read: MALAS hahahaha. Bertabahlah woih, mata dah kertu, tak larat nak mengadap pc doplohpat jam. Dari hp sampai ke tab udah2 lah tu. Siap kena sound dengan member kata takde story baru ke nak up. Eh eh ada orang rindu kita ke? Kahkahkah toksah nak diva sangat eh.

So dah habis raya pon... aku nak cerita pasal puasa macam tak logik pulak. Btw selamat jugak lah adik aku bernikah dengan orang taman sebelah. Senang nanti nak balik raya tak hadap jem. Kau mana tahu betapa sengsaranya berhadapan dengan karenah pengguna lebuhraya di Malaysia ini. Aku yang duduk disebelah pemandu pon rasa sakit jiwa. Kalau boleh nak je aku tidur disepanjang perjalanan... tapi manakan mungkin. 

Nanti ah aku up story pasal raya, pasal adik aku bernikah, pasal jamuan raya dan lain lain. Nak clearkan storage hp senornya. Kalau tak memang aku tak bukak belog sendu ni kot. =)

Babai.