life is beautiful

life is beautiful

Saturday, July 29, 2017

Orb Diffuser

Saja la kan gatal nak tambah diffuser. Senornya nak letak kat dalam bilik Aqif. Since dew drop tu memang aku letak kat hall. Malas nak cabut2 plug taruk sini sana. Orb ni really portable sebab pakai kabel usb. So pakai power bank pon boleh. 

Nak letak dalam kereta pon sesuai, kat workstation pon bolehh. Kapasiti tak besar macam dd. Sesuai untuk space yang kekecik. Sebab bilik Aqif pon tak besar so aku beli ni jelah. Seketul ni kena order dari US... harga ikut currency semasa. Hari tu aku beli dengan ofismate Safura dapat harga dalam bajet aku. Eh Safura ni blogger tau. Pemes ni kan pura kan. Hahaha. Dia taktau aku ada belog. Alah kalau dia tahu apa dia kisah pulak. Belog aku banyak membebel isu duniawi je. (Read: sekadar luahan pewasaan).

Beli orb takde dapat free minyak yek harap maklom. Ada orang kata membazil sebab mudah rosak. Alaaa takpe la wak, maybe kat tangan kita mana tahu kot umur dia sampai ke cucu cicit. Takpon rosak aku anto jelah repair kat laki sorang penerbit tu. Nampak tak, betapa ramainya orang2 yang berguna disekeliling aku. Semua pon memberi manfaat kat aku. Hehe. Betapa ya auloh tu maha kaya dan adil. Kita baik kat orang, orang baik dengan kita. Hahaha. Eh terpuji diri sendiri pulak.


Ni aku tak promote ye, aku bagitahu je. Nak beli produk YL boleh le beli kat Fura. Senang deal. Ape je dia takde, mostly ada. Minyak2 blend kejadah tu dia buat gak. Lagipon senang sebab ofis kitaorang sekangkang gajah dari hq YL. Pagi ni ko tanya, petang kang dia maybe order. Esok atau lusa dapat la barang. Kalau kau jauh, nanti dia pos. Aku ni bukan takde kawan2 yang jual YL. Ramai. Cumanya jauhh. Biasa kalau customer tanya produk, hari ni gak dia nak. Hahahaha. Dasar kan. 








No comments: