life is beautiful

life is beautiful

Monday, August 28, 2017

Moral down to the maxxx

Erm. Sedih la. Approval tukar tempat kerja belum nampak bayang, nak tukar department yg kerja normal hour belum tentu dapat, kena q lagi ada. Ko ingat ko sorang je yang nak duduk normal? Ehehe. Sedih la macam ni. Kita kerja kat RTM  bukan kerja normal hour macam jabatan lain (READ: kecuali badan beruniform. READ: teknikal RTM) 

Mostly bahagian teknikal kat rtm jalan shift hour. Department aku pecah kepada dua, normal hour (dulu aku normal gak) kat bangunan lain. Aku dengan geng lagi yang bekerja shift di bangunan lain. Hahaha nak terangkan pon pening. Ni kan pulak nak paham jadual kerja syift. Tapi yang bestnya walaupun department aku kerja shift, sabtu ahad, public holiday cuti. Kalau kena kerja kira OT. Ada paham? Kalau staff syift lain cuti/mc/el, another staff dari shift lain kena ganti.

Masalahnya pekeliling kat jpa tu takde ye jadual kerja cenggini.

Baru2 ni penyelia aku attend meeting pasal pelarasan waktu kerja. Memang banyak isu untuk bahagian teknikal. Masa awal tahun, sibuk yang kerja shift kena kerja 46jam seminggu. Lebih sejam dari normal hour. Pandai2 la kau nak bahagikan cemana. Ni dia sekat pulak claim bookoff kita. Korang paham ke dak istilah bookoff tu?

Dan kalini terdengar khabar angin, kerja shift kena 6 hari seminggu... means, hari cuti bukan sabtu ahad. Alah macam jadual keje kilang la. Adoiyaiiii terus kami stress to da maxxx.

Terus rasa menyesal tak hantar surat pertukaran awal2 masa mula2 masuk kerja. Terus rasa ishh kenapa lalai lupa diri tak fikir panjang tak fikir masa depan masa dapat kerja kat sini. Seriouslah I cannot handle this bila kita dah berkeluarga.... suami bukan pekerja normal hour masuk 8 balik 5. Terus ingat bila semua ni akan berakhir? Anak2 aku nanti dah start sekolah.... nak tengok homework bla bla bla.

Entahlah. Sampai satu tahap aku dah rasa macam tak nak fikir apa2. Lantak kau situ.

Ni tengah moral down.

Belum lagi kalau rumah dah dapat kunci. Takkan kau nak pandang sepi je rumah kau beli. At least tak terasa nak duduk ke? Do something dengan rumah tu. Pening ah pikir.

Bagi lah aku tukar weyyy. T____T








Friday, August 25, 2017

Focus Blend

Aku tak tau ianya berkesan ke tidak, but at least aku cuba. Aku nak masa dia sedang belajar, input yang teacher ajar, masuk dalam kepala dia. Gituh. So bukan aje ko amalkan pemakanan sunnah untuk anak, ko boleh jugak guna kaedah lain. Contohnya, ini.


Aku takdelah beriya sangat nak cakap yes its works ke apa. Macam aku taip kat atas tadi, at least aku cuba sesuatu yang lain. Yang lebih natural gitu. Eh best bau dia... Aqif pun suka. Memang before pegi school harus lumur minyak sket. Alaa benda ni main dengan hormon kau la. Kalau kena dengan badan ko, berkesanlah ia. Kalau tak serasi, ko lumur berpuluh botol pon tetap tak jalan.

Setiap oil/blend oil ada kegunaannya yang tersendiri. So better beli dengan trusted seller. Yang boleh guide korang cemana nak blend and apply. Aku ni harap beli minyak yang selalu aku guna jelah... yang lain tak bape mampu lagi. Harharhar. Paling jatuh hati adalah lemongrass... Sekali titik kat diffuser pehhh satu rumah bau spa. Time tu memang nak duduk berehat tengok tv jelah. Taknak buat benda lain. LOL

Oh yek, aku beli dengan junior aku. Masatu Safura tak jual young living lagi. So sekarang dah ada kaki, aku beli kat Fura jelah. Dekat pon dekat, senang aku nak pi ambik. Takde charge postage. Hihihi. 

Apa perkembangan Aqif setakat ini?

Yang aku tahu la, dia kat rumah memang AGAK out of focus. READ: sebab adik dia ajak main jer. So aku terpaksa harapkan pembelajaran masa di sekolah. Daripada pemantauan aku mengikut kata teacher, Aqif lebih focus dan lebih cepat tangkap apa yang teacher ajar. Kalau kat school guna kaedah buku Bacalah Anakku untuk cepat membaca, setakat ni, masa post ini dipublish, Aqif dah buku 6. So Alhamdulillah. Buku tu ada 8 siri, so lagi 4 bulan nak akhir tahun 2017, harap2 before tahun depan Aqif dah boleh membaca dengan lancar. Walaupon senornya budak2 baya dia lebih kepada menghafal. Hahahaha. 

Eh memangggg, memang macamtu lah apa yang pakar motivasi kanak-kanak bagitau. Kejadian yang paling kanak2 ingat adalah kejadian semasa mereka kekecik... umur 4 5 6 sampai 12 tahun. So masa tu sebenarnya masa yang paling sesuai untuk kita mendidik anak2 kita menjurus kepada bidang apa. Eh ko paham ke tak apa yang aku cuba terangkan ni? Ayat berbelit2 hahaha.

Yang nak anak jadi tahfiz tu, cecepatla dedahkan anak dalam suasana tahfiz seawal umur 3 tahun hehe. Insyallah. Cer interview makpak anak dia tahfiz. Ko tanya masa kecik makpak buat apa? Hari2 pasang bacaan AlQuran kat rumah. Ye. Betul










Monday, August 21, 2017

Farewell Kakbad

Before puasa dah buat sekali, hari kejadian pon buat jugak. Nampak sangat Kakbad kesayangan kitaorang. Selamat bersara Kakbad... audio dubbing wanita pertama di RTM since tahun 80an sampai 17.08.2017. Sama pulak tarikh dengan anniversary relationship kami. Eh nak jugak. LOL

Majlis first buat kat BBQ Mid Valley. Sedap semua makanan dia. Kalau nak makan kat situ pastikan perut lapar. Majlis kedua pula dianjurkan oleh unit penerbitan. Kami ni selit je... dan yang pastinya meriah.... tp sedih pulak bila kau nampak Kakbad menangis terharu dengan sambutan yang kitaorang plan. Mesti dia terasa dihargai kan? Eh mestilah, sebabnya Kakbad umpama mak2 bagi kitaorang. Nasihat2 dia... segala ilmu yang dia turunkan... semua daripada pengalaman hidup  yang lepas. Kalau korang nak tahu, Kakbad hidup dia pagi petang siang malam dengan kerja. Masa aku mula masuk kat bilik ingest, pagi aku nampak dia, malam pon ada lagi... eh bila nak balik ni? Sampai macamtu sekali komitmen Kakbad terhadap kerja. Sampai confuse bila dia balik rumah? Bila dia spent time dengan family?

Cuma setahun dua sebelum pencen, baru nampak komitmen Kakbad terhadap kerja slow. Kalau kami ajak makan, rajin dia join. Kalau tak, lunch bawak bekal. Kat dalam studio dubbing apa je yang takde, tong gas dengan freezer je tau hahaha. Kalau nak masak lauk simple, memang boleh ah. Complete kettle, toaster, rice cooker bagai. Kira ko tak balik rumah pon boleh hidup. Gituh dia punya kenyataan.








Aku bukanlah penggemar makanan korea, tapi untuk steamboat and grill ala-ala korean ini, just nice kat tekak aku. Tapi kalau kau nak bawak daddy makan sini, maaf cakap, memang tak kena kat tekak dia kut? Haha pandai2 je kan judge tekak orang. Jarang wey sepanjang perkenalan aku dengan daddy, dibawanya makan kat tempat cenggini. In case, kalau ada nak raikan sesuatu ke... atau aku yang request. Kalau tak, memang takde. Nampak sangat tekak melayu tulen.

Kau nampak dia punya terharu tu... sampai nangis2. Mesti berat hati nak tinggalkan rtm kan? Kah! Actually semuanya ni diluar pengetahuan Kakbad. Memang kami cover baik gila babi punya ah. Eh termencarut pulek. Sampai kan hari yang nak pegi makan2 ni, boleh pulak dia cakap nak cuti sebab anak tak sihat. Ehhh, laju2 kami inform anak dia yang kami dah buat plan. Mana boleh cancel on the spot, sebab dah booking and bayar half. Rugi!




Ni lah geng bilik ingest. Atau lebih dikenali bilik kaca atau aquarium. LOL. Diaorang ni power2 okay.... semua teror buat visual and audio editing. Yang lelaki masih melantak lagi. Maklumlah bayar mahal2, makan sampai habis daging sampai kena refill haha.

 Last but not least, bangunan Rentak 50 kat belakang kitaorang tu bakal dirobohkan. So saja lah ambil gambar buat kenangan. Nanti bila bangunan baru dah siap, kita bergambar lagi ek. Time tu, kita tengok apa perubahan pada diri masing-masing. :D








Saturday, August 19, 2017

Jom naik MRT!

Lepas jogging tengok jam awal lagi tak tahu kemana, datang idea nak makan satay kajang tapi naik mrt. Kahkahkah. Padahal dari taman rekreasi bukit jalil ke kajang adalah tak sampai sejam. Tapi gigih jugak nak naik mrt sebab tengah ada promosi 50% kot.

Dari Bukit Jalil naik lrt kat Awan Besar turun Plaza Rakyat... amik mrt kat stesen Merdeka then baru ke Kajang. Kahkahkah nampak sangat kat situ kau patah balik ke Kberapa banyak patah patah balik daaa. Tapi tulah, disebabkan anak2 pun excited... dan yang paling penting daddy rajin layan. Hari minggu takde kemana.... marilah menghabiskan masa naik pengangkutan awam. Dah kau dengar khabor mrt power hebat dan laju... so jomlah kita. Nak tahu jugak celah mana yang dikatakan hebat ittew. Tak orang KL lah tak naik mrt ye tak? LOL



Sampai sini, seberang jalan je restoran satay kajang hj. samuri. Menternak lemak lah seketika. Kerana mrt, satay kajang penuh gila. Nak duduk pon kena q. Nasib lah sampai awal. By 12 kami gerak balik. Sekian laporan. Kahkahkah.

Jakun naik mrt... sebab dalam beberapa tahun kebelakangan ni asal balik seremban lalu area taman connaught, cheras batu 10 dan ke atas.... kitaorang tengok progress construction mrt. Asal lalu je cakap bila lah nak siap... bila lah dapat pindah kajang. Eh? hehehehe






Friday, August 18, 2017

Jarang kakak bergambar dengan artis

Semenjak aku kerja kat rtm ni, boleh kira dengan jari ler berapa kerat artis yang aku nak ambil gambar bersama mereka. Kahkahkah kau bajet ko artiss? Kau bajet kau meletops??

So kebetulan, SPM panggil Ustaz Don sebagai tetamu jemputan. Studio berita bawah tingkat bilik kami je. So takkan lah aku nak lepaskan peluang keemasan ini. Bukan senang dan bukan selalu tak ramai orang kat studio. Laju2 aku dengan kakak ofis turun. Dah turun, malu pulak. Kahkahkah perangai khen.

But, dapat jugak walaupun aku rasa annoying gila. Taknak nampak awkward so gambar bertiga.

 Walaubagaimanapun.,

Suami tak marah kan?? LOL. Behind the scene, ramai je orang kat tepi, tengah kiri dan kanan. :p







Thursday, August 17, 2017

15 tahun perkenalan

Its been 15th. Yelah... dalam diam tak diam, 15 tahun jugak ah usia perkenalan aku dengan daddy. Kahkahkah. Dak2 wicet angad relationship anniversary pon nak sambut. Kau kenapa??

Mana yang tahu kisah aku dengan daddy dulu memang agak tragis lah... so harus aku kena ingat. Cinta setia jarak jauh katakauu. Dah la masa zaman sekolah asyik main tarik tali. Kalau tak aku yang memulakan segalanya, dan kalau tak daddy memaafkan perbuatan aku, agaknya kau rasa cemana? Keji sangat perangai. Kau hengat dulu kau lawa? Sukati je nak suka orang ni, taknak tinggal... pastu dah la diorang tu bestfriend. Kahkahkah. Eh terbukak cerita lama pulek.

Yang penting selamat dah. Alhamdulillah.

Tapi tulah, makin lama kenal makin kau jadi tak berapa kenal pulak. Macam menimba ilmu, makin dalam kau gali, makin rasa ilmu tak pernah cukup didada. Umpama cenggitu ah. Hahaha. Masing2 ada kekurangan dan kelebihan... maka kena saling lengkap melengkapi. Kau nak teman sehati sejiwa yang perfect, kena tengok diri tu jugak. Kalau susah sangat nak terima kekurangan orang, kahwin lah dengan diri sendiri kahkahkah.

Dalam masa 15 tahun, aku banyak bermuhasabah diri. Bukan senang nak pertahankan perhubungan yang sedia ada. Sedangkan duduk satu rumah dengan mak bapak sendiri pun belum tentu kau faham sepenuhnya karenah mereka. Ada masa ups and down. Kalau dulu tak puas hati simpan sendiri, sakit hati sendiri, sedih sendiri, nangis sendiri.... lama2, kau kenapaaaa??? Kau harap dia akan faham dan tahu kalau kau tak luahkan? Kau ingat dia superman or else? Boleh tahu straight forward isi hati kau? Hahahahaha. Macam hagram perangai. Perangai perempuan sejati sangat. Auwmmm.

Lama kelamaan boleh absorb perangai masing2. Tapi ada jugak kelaut. Hahahaha. Kalau hormon tak stabil maafkan lah isteri mu ini. LOL

Tu yang kalau gaduh sekarang, aku biasakan diri dengar motivasi dari ustaz2. Bila dah okay, baru otak kau dapat berfikir dengan betul. Well, perempuan memang leceh ke cane? Kadang2 semak gak ah. Sebab kadang2 tak sedar diri. Time marah, nak marah sangat kemudian menyesal. Eleh banyak betul kadang2 kau tu kan.


So ini kami di tahun yang ke 15. Mata makin rabun, badan sama2 naik. Ke aku sorang? Hasil dari smtkk sekolah tercinta. Mana yang confuse cemana boleh jumpa, actually kami dari sekolah teknik. Ambilan form 4. Now dah jadi Kolej Vokasional. So begitulah terjadinya cinta jarak jauh antara kami. 

I love u, b.
2002-2017... and still going on Insyallah.








Monday, August 14, 2017

APC Sports Day 2017


This year merasalah attend anak punya hari sukan sekolah. Kalau dulu bernanah mata tengok orang upload gambar anak masuk sukan hahaha. So this year we made it. Makpak yang tak sabar senornya. Hari2 tanya Aqif ada training tak... kehkeh. Sebabnya kat rumah dengar Aqif borak dengan adik dia pasal lari2... bawak bola la apa la... nyanyi lagu negaraku. Eh eh of course la aku teruja. This is my first time ya know so how la i tak excited.

Venue kat Wangsa Maju. Bergabung dengan beberapa APC yang lain. Teacher awal2 dan pesan student naik bas parents pegi sendiri. Semua berjalan dengan lancar... well cacat cela sket kita tutup mata jelah. Sebab kau kan berhadapan dengan karenah budak2... dan makpak budak. Cuma aku sentuh sini sket la....

Bila dah ramai2.... nampak pulak muka makpak sendiri terkinja kinja bagi sokongan, jangan expect anak2 tu perangai sama macam time raptai. Ramai gak anak2 yang mengaruk... maybe panas sebab bersesak. Maybe dengan laparnya lagi... estimate time start pukul 9... tapi pukul 9 still beratur untuk dengar ucapan. Dengan sound system bising. So sikit tak banyak mengganggu tumpuan anak2.

Aku okay jelah sebab point kau kat sini nak happy2 tengok anak bersukan. Tak menang pon takpa la sebab semua orang pon balik dapat medal. Sistem pengurusan jelah sikit out. Tak semua ok. Matiks lah kan nanti ada orang kecam. Kau siapa nak buat ulasan. LOL sangat perangai.

Rasanya tak perlu teacher pon excited sekali push anak2 menang. Diaorang pon jadi takut... kang bola jatuh nanti kena marah pasni. Ada je budak taknak join... duduk kat kaki teacher sampai tokleh buat apa. Sebab confuse kot pesal ramai2... pesal semua bersorak. I cannot. Haha.



Eleh. Dah selesai dah pon. Harap next time dapat diperbaiki. Buat kat tempat ekon ke hahaha. Or sediakan SEDIKIT makanan dan minuman so anak2 sambil bersukan, kalau ada yang lapar, boleh menyambil isi perut. Bukan anak2 je, parents pon sekali. Sediakan satu tong besar air, papercup, okay dah. Roti2 ke, hahahaha eh amboii ni nak picnic ke nak bersukan. READ: Opinion jur jgn marah :)

Sedih jugak... bayar tau untuk sports day ni tapi memang tak dapat doorgift ke cane. Nanti aku survey sports day BB or RK or kindy lain... diaorang dapat ke tak. Kahkahkah. Ni senornya ko yang nak bersukan ke atau budak2 ni? Beriya pulak nak doorgift bagai. Lempang nak? =DD




Kawan Aqif, Adam dengan Zafira dah balik dulu so medal dapat kat school nanti. Gigih jugak ah kami tunggu sampai habis. Dapat je medal terus cabut. Panaih berlengas kat situ woih. Tapi yang peliknya Dareez sedap je tido kahkahkah sebab tu engkorang tak nampak kelibat dia disini.

Tahniah Aqif and friends. Banyak jugak acara budak hensem ni tapau. Eh malas pulak aku nak upload video. Next time try lagi yek. Tak dapat jadi team juara pon takpa... yang penting have fun and tahu cemana cara kerja berkumpulan.









Wednesday, August 09, 2017

Raya RTM 2017

Aku lupa pulak nak tepek sini. Teringat masa kemas2 folder kat dalam phone. Eh ada rupanya jamuan raya ofis. Hahaha. Chorr dah masuk bulan Zulkaedah dah wey... dah nak raya haji. Takpe, takpe. Aku ceritalah jugak. Kang nanti ada yang komen eh unit korang takde buat makan2 ke. Eh eh asyik nak makan2 jerrrr mana tak gebunya badan masing2. Termasuk la yang sedang menaip ni. =D

Firstly, tahun ni unit aku takde jamuan raya official. Sebab apa toksah tanya... ramai noo membuyung. Disamping gaji pon lambat lagi... duit dah banyak habis raya haritu. Bajet takde. Kahkahkah. OKKK TIPU. Senornya dah plan kita buat jamuan raya besar besaran dua tahun sekali. Kerana kitaorang power semua makanan masak sendiri. (Read: Potluck kecuali satay) Tak daya la weyyyy setahun sekali masak2 untuk jamuan ofis yang kemungkinan besar ramai pengunjung LOL.

Ramai gak yang tanya tapi kami amalkan jawapan dasar tutup pintu dan alasan mak buyung tu lah. Hihi. So tahun ni kami pi makan2 kat jamuan orang.  

Seee, bukti ada mak buyung dalam unit aku. Eh tapi dah selamat bersalin baby boy nama Yusuf. Tahun ni memang korang pakat2 letak nama Yusuf ek? Aku amik aura ah jugak since ramai tanya bila nak menambah. Kalau menambah tu semudah calit2 terus ngandung, esok gak aku ngandung, esok gak terus beranak. Haha. Si Darezz since ada dua ketul baby kat rumah mak dia, pon nak jadi baby gak. Emm lantok ko la dik, janji bahagia. Aqif pon teruja gak nampak baby kat rumah tu. Eh nanti laaaa. Ummi ko nak kurus kedengking dulu baru pikir baby. Hahaha. Daddy dia pon sama gak mengenyam. Tanya2 anak nak adik tak. Hekelehhh, baik tanya aku terus. 



Yelah, tahun ni semua pegi raya jamuan orang. Paling best jamuan raya dari orkestra rtm. Mahunya tak best, kambing macam tak pernah habis... nasi berlambak sampai panggil2 orang makan. Ikutkan hati boleh tapau, aku tapau. Kahkahkah. Laksa joho dia ya auloh sedap gils. Tapi memikirkan diet diet diet jadi aku cover jugak walauponn (Read: Mata kat atas).

Memang paling best la sebab backdrop dia takde orang. So mari le bergambar macam kau tu tuan rumah. 

And last but not least,


Kau ada tak?
:DD








Cendol Durian

Jarang kami seofismate keluar berjemaah... I mean, bilik ingest tutup. Eh jarang sangat lah. Ni sebab ada event tertentu. Keluar pulak bersama editor. Memang takde sapa lah kat situ. Nak guna khidmat kami, after 3pm ek. Kahkahkah. Matiks lah kan tiba2 vvip datang melawat. Memang mintak kena transfer 24jam lettew. Kalau cenggitu, aku mintak balik kajang terus boleh tak? 

Ni semua kuasa viral. Nampak orang upload makan cendol kat durian besar, masing2 menggelupur nak cari cendol durian. Eh trademark dia durian besar kat belakang tuuu you know. Rasa dia? So so jer. Pulut dia kemain merah pink kaknam. Eh mana pulak gambar cendol?


Kemain hipstur sangat kaler pulut dia. Motif nak nampak lawa dalam gambar ke cane? Ni kat area gombak. Bukan kakak kawasan so aku kurang familiar kedai dia celah mana. Tepi jalan besar yang pastinya. Kat area rumah2 orang. Pelik gak ah tempat dia. Kahkah. Sebab tak pernah sampai sana.






Monday, August 07, 2017

Resepi butter chicken sedap ikut tekak

Jarang aku nak masak makanan pelik cenggini. Disebabkan aku nampak satu posting kat fb so tekak adalah sangat memanggil2 nak makan... maka terjadilah jugak kejadian ia.

Bahan bahan
ayam isi
serbuk kari
tepung gandum
telur
garam/gula

Bahan Tumis
bawang putih
bawnag holland
daun kari
cili padi
fresh milk
cheese
black pepper

Aku rasa korang baca resepi pon dah tahu cemana nak buat kan. Maka tak payah la aku nak terangkan disini. Kalau tak reti gak, pi tengok belog kakak aziekitchen. Situ aku mencari resepi thorbaek disamping belog mat gebu. Cuma disini aku tambah jugak ah bebawang semua. Rasa macam derhaka pada makanan pulak kalau tak letak. Ke cane? Padahal masak lemak cili padi rilek je kau tak letak bawang. LOL




Silap aku kat sini tepung gandum kurang... so ayam tak rangup. Takpe takpe.... yang penting effort tu ada kahkah. Makanan cenggini sesuai dimakan sewaktu panas2. Kalau ikut tekak suami i memang tak ah. Bukan selera dia uolls. Tapi takkan lah disebabkan tekak dia membuatkan aku tak try resepi yg bukan2. Eh aku pon nak gak tekak versatile.








Thursday, August 03, 2017

Raya 2017

This year kami team raya Melaka. Amalan sistem giliran telah dipraktikkan sejak kami bernikah lagi muahahaha. Sepakat membawa berkat kekdahnya. Kebetulan, this year seminggu selepas raya adik aku nikah. So nak tak nak, kena spent banyak masa kat side aku. Kasi can lah.

Tahun ni kaler baju raya sekali harung dengan kaler tema time mengantar adik aku nikah nanti. Actually tahun ni memang tahun yang aku paling nanti2 kan, yelah... kata beraya side engko kan. Haruslah menu makanan dipagi raya mewah melimpah kahkahkah. Sapa orang melaka tahu la, dengan rendang ayam pencen, itu la ini la... sambal fucuk ikan bilis udang geragau santan la ehhh rasa nak makan semua tu banyak2. Cuma nenek aku tak masak ketupat daun... dah takde sapa nak menolong. Aku pon balik last puasa... sampai pon dah petang. Dengar kabor ketupat daun direbus di shah alam. Ermm tak heran LOL
 
Ini adalah panorama biasa kalau dah mak bapak bergambar berdua. Anak2 busy kat atas rumah bergumpal dan mengutip duit raya. Rindu nak balik kampung nenek selalu. Tapi apakan daya, kekangan masa. Sedangkan sebulan ada 4 minggu, mak bapak, keluarga mertua hatta keluarga sendiri pon berebut nak spent time together. Itu belum masuk lagi aktiviti diluar jangkaan. So yeah, enjoy your life. Hahaha apa aku merepek ni syaiton.



 
Mak dan nenek serta adik beradik mak dan jugak sepupu sepapat aku. Tahniah  kerana masih mempunyai nenek. Dapat la dengar dia mengomel sambil memberi kata kata nasihat tentang kehidupan. Seronok dengar ongtua berborak ni... macam2 hal kau boleh tahu. So hargailah mereka sementara hayat dikandung badan... kang esok dah takde, termimpi mimpi.

Ini baru separuh, ada lagi yang takde. Belum masuk sepupu2 mak. Pendek kata sekitar kampung ni penuh la haih sedara mara... cuma larat dengan tak larat je nak pegi beraya. Ikut kan hati aku layan je kalau diorg nak pegi. Dah kata jgn tinggalkan rumah nenek lama2 kang orang datang takde sapa kat rumah, baikkk kami menurut perintah. Hehe.




Tahun ni official mak aku menamatkan kerjayanya di sektor awam. Alhamdulillah berakhir dengan kesihatan yang baik... takde sakit2 dan yang paling penting takde hutang. Yeayy! Tahniah mak. Lepas ni boleh la menjalani hidup dengan tenang... takde terkejar masa untuk aktiviti kejiranan dan lain lain. Bapak aku pon terlepas tanggungjawab dia menghantar dan menjemput mak pegi n balik keje. Plan lepas ni pagi2 nak ajak mak pegi jogging pehtu pi sarapan pehtu pi jalan2. Hahaha. Oii ayah why so sawit :DD



This year merasa macam tahun lepas beraya ke batu pahat/muor. Kali ni buat kerja gila, sarapan terus disana kahkahkah. So sesudah subuh laju2 pecut kereta masing2. Nak sangat makan lontong, satay dan mee rebus di pagi hari. Ya Allah nikmat mana yang kau dustakan? Maka bersyukurlah.

Aku suka raya. Eh semua orang pun suka ye tak? Lepas ni jangan bising kalau weight naik mendadak. Aku dah fade up skang ni. Ko nak naik ke nak statik ke nak turun ke (read: turun is better) lantak situ. Penat aku menahan nafsu makan beberapa tahun kebelakangan ini heh. Redho jelah. Malas dah tahu tak. Aku suka makan. Aku suka nasik. Tapi aku taknak gebu. Huwaaa. Dunia ini kejam. I hetchu.

XD