life is beautiful

life is beautiful

Saturday, August 26, 2017

Bonding like us

Selalu kalau sabtu ahad daddy work, aku akan pastikan anak2 tak kan boring bila duduk rumah. Akan ada aktiviti yang akan dibuat dan sebagai contoh,

Kahkahkah. Bawak makan aiskrim. Kekdahnya kedai kat bawah rumah habis stok aiskrim. Thorpaksa lah jalan jauh sikit.... alang kepalang, eh jomlah makan rojak. Ni ada stall bukak kat tepi jalan sebelah rumah kitaorang. Memang happening. Dari air viral sampai ke karipap sedap tapi kejap bukak kejap tutup... semua ada. Rajin dengan malas je nak turun.

Abaikanlah muka sebesar pasu. Sauk je tudung paling mudah nak pakai. Tengoklah tu, dia paling bongsu, dia jugak dapat aiskrim paling mahal. Demand ni.

Aku ada terdengar ceramah parenting dari ustaz ke pakar motivasi mana tah. Buatlah sebanyak mana aktiviti bersama anak semasa diaorang masih kecil. Sebagai contoh, makan aiskrim sama2. Nanti dah besar, anak tu tetap akan ingat memory tersebut.

Betul ni. Sebab dah ada bukti. Aqif still ingat lagi benda2 yang dah lepas masa dia kecik. Kalau tunjuk gambar, 70% dia ingat. Eh aku pulak yang lupa. So hargailah masa bersama anak2. Tak lama... sementara nak tunggu mereka cerdik. Insyallah, esok2 kita pulak yang rindu. :)










No comments: