life is beautiful

life is beautiful

Thursday, August 03, 2017

Raya 2017

This year kami team raya Melaka. Amalan sistem giliran telah dipraktikkan sejak kami bernikah lagi muahahaha. Sepakat membawa berkat kekdahnya. Kebetulan, this year seminggu selepas raya adik aku nikah. So nak tak nak, kena spent banyak masa kat side aku. Kasi can lah.

Tahun ni kaler baju raya sekali harung dengan kaler tema time mengantar adik aku nikah nanti. Actually tahun ni memang tahun yang aku paling nanti2 kan, yelah... kata beraya side engko kan. Haruslah menu makanan dipagi raya mewah melimpah kahkahkah. Sapa orang melaka tahu la, dengan rendang ayam pencen, itu la ini la... sambal fucuk ikan bilis udang geragau santan la ehhh rasa nak makan semua tu banyak2. Cuma nenek aku tak masak ketupat daun... dah takde sapa nak menolong. Aku pon balik last puasa... sampai pon dah petang. Dengar kabor ketupat daun direbus di shah alam. Ermm tak heran LOL
 
Ini adalah panorama biasa kalau dah mak bapak bergambar berdua. Anak2 busy kat atas rumah bergumpal dan mengutip duit raya. Rindu nak balik kampung nenek selalu. Tapi apakan daya, kekangan masa. Sedangkan sebulan ada 4 minggu, mak bapak, keluarga mertua hatta keluarga sendiri pon berebut nak spent time together. Itu belum masuk lagi aktiviti diluar jangkaan. So yeah, enjoy your life. Hahaha apa aku merepek ni syaiton.



 
Mak dan nenek serta adik beradik mak dan jugak sepupu sepapat aku. Tahniah  kerana masih mempunyai nenek. Dapat la dengar dia mengomel sambil memberi kata kata nasihat tentang kehidupan. Seronok dengar ongtua berborak ni... macam2 hal kau boleh tahu. So hargailah mereka sementara hayat dikandung badan... kang esok dah takde, termimpi mimpi.

Ini baru separuh, ada lagi yang takde. Belum masuk sepupu2 mak. Pendek kata sekitar kampung ni penuh la haih sedara mara... cuma larat dengan tak larat je nak pegi beraya. Ikut kan hati aku layan je kalau diorg nak pegi. Dah kata jgn tinggalkan rumah nenek lama2 kang orang datang takde sapa kat rumah, baikkk kami menurut perintah. Hehe.




Tahun ni official mak aku menamatkan kerjayanya di sektor awam. Alhamdulillah berakhir dengan kesihatan yang baik... takde sakit2 dan yang paling penting takde hutang. Yeayy! Tahniah mak. Lepas ni boleh la menjalani hidup dengan tenang... takde terkejar masa untuk aktiviti kejiranan dan lain lain. Bapak aku pon terlepas tanggungjawab dia menghantar dan menjemput mak pegi n balik keje. Plan lepas ni pagi2 nak ajak mak pegi jogging pehtu pi sarapan pehtu pi jalan2. Hahaha. Oii ayah why so sawit :DD



This year merasa macam tahun lepas beraya ke batu pahat/muor. Kali ni buat kerja gila, sarapan terus disana kahkahkah. So sesudah subuh laju2 pecut kereta masing2. Nak sangat makan lontong, satay dan mee rebus di pagi hari. Ya Allah nikmat mana yang kau dustakan? Maka bersyukurlah.

Aku suka raya. Eh semua orang pun suka ye tak? Lepas ni jangan bising kalau weight naik mendadak. Aku dah fade up skang ni. Ko nak naik ke nak statik ke nak turun ke (read: turun is better) lantak situ. Penat aku menahan nafsu makan beberapa tahun kebelakangan ini heh. Redho jelah. Malas dah tahu tak. Aku suka makan. Aku suka nasik. Tapi aku taknak gebu. Huwaaa. Dunia ini kejam. I hetchu.

XD








No comments: