life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, August 09, 2017

Raya RTM 2017

Aku lupa pulak nak tepek sini. Teringat masa kemas2 folder kat dalam phone. Eh ada rupanya jamuan raya ofis. Hahaha. Chorr dah masuk bulan Zulkaedah dah wey... dah nak raya haji. Takpe, takpe. Aku ceritalah jugak. Kang nanti ada yang komen eh unit korang takde buat makan2 ke. Eh eh asyik nak makan2 jerrrr mana tak gebunya badan masing2. Termasuk la yang sedang menaip ni. =D

Firstly, tahun ni unit aku takde jamuan raya official. Sebab apa toksah tanya... ramai noo membuyung. Disamping gaji pon lambat lagi... duit dah banyak habis raya haritu. Bajet takde. Kahkahkah. OKKK TIPU. Senornya dah plan kita buat jamuan raya besar besaran dua tahun sekali. Kerana kitaorang power semua makanan masak sendiri. (Read: Potluck kecuali satay) Tak daya la weyyyy setahun sekali masak2 untuk jamuan ofis yang kemungkinan besar ramai pengunjung LOL.

Ramai gak yang tanya tapi kami amalkan jawapan dasar tutup pintu dan alasan mak buyung tu lah. Hihi. So tahun ni kami pi makan2 kat jamuan orang.  

Seee, bukti ada mak buyung dalam unit aku. Eh tapi dah selamat bersalin baby boy nama Yusuf. Tahun ni memang korang pakat2 letak nama Yusuf ek? Aku amik aura ah jugak since ramai tanya bila nak menambah. Kalau menambah tu semudah calit2 terus ngandung, esok gak aku ngandung, esok gak terus beranak. Haha. Si Darezz since ada dua ketul baby kat rumah mak dia, pon nak jadi baby gak. Emm lantok ko la dik, janji bahagia. Aqif pon teruja gak nampak baby kat rumah tu. Eh nanti laaaa. Ummi ko nak kurus kedengking dulu baru pikir baby. Hahaha. Daddy dia pon sama gak mengenyam. Tanya2 anak nak adik tak. Hekelehhh, baik tanya aku terus. 



Yelah, tahun ni semua pegi raya jamuan orang. Paling best jamuan raya dari orkestra rtm. Mahunya tak best, kambing macam tak pernah habis... nasi berlambak sampai panggil2 orang makan. Ikutkan hati boleh tapau, aku tapau. Kahkahkah. Laksa joho dia ya auloh sedap gils. Tapi memikirkan diet diet diet jadi aku cover jugak walauponn (Read: Mata kat atas).

Memang paling best la sebab backdrop dia takde orang. So mari le bergambar macam kau tu tuan rumah. 

And last but not least,


Kau ada tak?
:DD








No comments: